21st: APA YANG LELAKI FIKIR TENTANG PEREMPUAN?

Assalamualaikum

Nak Kad Raya Special dari Si Arnab Gemok?? Klik sini ---> Kad Raya Istimewa Si Arnab Gemok

Nak Hadiah Misteri yang Special?? Klik sini ---> GA By Si Arnab Gemok

Rasa macam serius plak topik entri kali ni. 

Sebenarnya saya bukan suka sangat cakap pasal perbezaan. Tak kisah laa perbezaan antara pangkat ke harta ke darjat (antara dua darjat??) ke bangsa ke agama ke, and in this case, gender. Sebab bagi saya, kita semua homo sapiens (and some of us homosexual. What to do~ *angkat bahu*) and basically kita semua sama sahaja. Takde apa yang buat kita lebih istimewa, melainkan hanya dari view Tuhan je yang Maha Mengetahui taraf atau standard sebenar kita. 

Maksud saya, hanya Allah yang layak menghakimi kita semua.

Jadi mengapa masih wujud sesetengah golongan yang suka double standard, pilih bulu, dan juga rasa superior/memandang rendah kat others?? Dah bagus sangat ke mereka yang "pandai" menghakimi ni (mohon para Hakim jangan terasa) ??


Sumber: sodahead.com

Apa yang buat saya betul-betul terpanggil (rasa macam dapat hidayah pula) untuk menulis entri ni is because saya teringat kat seorang Mamat ni and jugak tindakan dia yang telah membuatkan seorang Minah ni, yang merupakan kawan kepada mamat tu, terasa macam "WTH. Kau fikir aku perempuan murahan yang suka benda-benda lucah ke?? Kalau kau suka benda lucah, jangan fikir semua orang sama macam kau." Lebih kurang cmtulah, korengs. Bengang tahu minah tu!! Kesian dia~


Senang cerita, macam ni laa kisahnya, Mamat dan Minah berkawan agak rapat jugaklah sebab berada dalam lingkungan environment yang sama and mereka bertemu setiap hari (atas urusan rasmi and bukan dating). So kira memang nak taknak, lama-lama jadi member kamcing laa kan. 


From view Minah, dia memang takde perasaan fenfeeling lelebih apa pun kecuali perasaan seorang member sekamcing, sekamcong dengan Mamat. Bagi Mamat plak, hanya Allah je yang tahu (sehinggalah harini masih sukar ditentukan). So suatu harini, they all exchanged external hard disk masing-masing dengan niat nak dapatkan bekalan movies terbaru sebab Minah dengar Mamat memang kaki download movies secara haram (nampak dah satu sifat mazmumah Mamat). 

Masa dapat balik external dia, Minah takde laa syak apa pun. Cuma rasa teruja nak cepat balik rumah sebab nak cekcekcekidaut movies baru apa laa yang Mamat dah copied masuk dalam external dia tu. Punyalah happy Minah.

Tekalah apa yang Minah jumpa dalam external dia?? Koleksi movies lucah ok. Siap letak elok satu folder berlabelled nama Mamat tu. Tak tahu apa motif Mamat tu kena label folder movies lucah yang dia bagi Minah tu semua dengan nama dia sendiri. Bangga barangkali.


Minah memang terkejut sebab setiap cerita yang dia bukak, majoriti, semuanya dari awal cerita lagi dah ada perempuan bukak baju and bogel-bogel bagai. Minah dah macam "Ya Allah, apa semua ni?? Kenapa dia bagi aku cerita-cerita macam ni?? Apa sebenarnya pandangan dia terhadap aku selama kitorang berkawan?? Aku nampak macam perempuan murahan ke selama ni?? Tapi aku bertudung. MasyaAllah, sakitnya hati!!!!!!!!!!!!" 


Esoknya bila Minah terserempak dengan Mamat, Mamat siap tanya lagi, "Amacam, best??". Memang ikutkan hati, nak je Minah cakap, "Kepala bapak kau. Takde otak ke bagi perempuan cerita-cerita lucah macam tu?!!!" tapi sebabkan Minah malas nak cari musuh and jugak taknak menyinggung perasaan seorang kawan, dia just cakap, "Jadahnya. Semua cerita ntah apa-apa kau bagi." Mamat senyum je. Masih berbanggakah dengan tindakannya?? Wallahualam~


Minah and Mamat masih berkawan macam biasa sampai sekarang sebab Minah malas memutuskan silaturrahim sesama Islam (yes, Islam. Mamat beragama Islam regardless of his perangai buruk!!!). Cuma perasaan hormat Minah terhadap Mamat memang dah zerolah. Hilang sekali petik je disebabkan kejadian tu. Bila Mamat ajak lepak ke apa ke, memang Minah tolak mentah-mentah sebab for Minah, Mamat tak respect dia sebagai seorang kawan and perempuan, so buat apa nak lepak sama dah. 


Minah's absolutely right. Kalau kita rasa certain people bring negativity to our lives, it's better to avoid them. Tapi janganlah kita membenci atau memaki mereka. Instead, jauhkan je diri kita daripada depa. Easier that way. Tak payahlah kita mencetus permusuhan yang tak perlu. 

Unless, Mamat tu mula provoke-provoke Minah (contohnya, "Sombonglah kau sekarang dah taknak lepak dengan aku. Yelah orang bandar, kaya, dah up, bagai, etc, blablabla"), maka rasanya tak salah kalau Minah balas sedas, dua dengan kata-kata pedas super hot. Biar setepek kena kat batang hidung setongkol dahan Mamat tu.

So korengs, honestly, saya nak tanya, apa sebenarnya lelaki fikirkan tentang perempuan?? Kenapa kejadian macam yang saya ceritakan kat atas ni tadi (ia adalah kisah benar!!!) boleh terjadi?? Rendah sangat ke rasa hormat kaum lelaki kepada kaum perempuan??


Saya malas nak guna ayat cliche macam "Ingatlah, mak awak yang lahirkan awak ke dunia ni pun perempuan tahu??". Ayat tu dah basi. Sebab siapa je yang tak tahu mak dia perempuan (unless mereka adalah anak yang dijaga oleh pasangan gay).


Jadi saya nak tanya macam ni laa, korengs marah tak kalau kakak/adik perempuan/anak perempuan korengs diperlakukan seperti Minah diperlakukan oleh Mamat tadi?? Marah kan?? Memang baru terasa dasar kurang ajarnya tindakan tu kan?? 


So yeah, tepuk dada, tanya iman. Mengapa perlu kaum perempuan dipandang rendah dan tidak dihormati oleh kaum lelaki, sedangkan pabila nak berkahwin, lelaki akan mencari perempuan jugak kan?? Jadi mengapa kaum lelaki hendak memandang rendah kepada kaum yang akan dinikahi oleh mereka suatu hari nanti?? 


Well, unless, korengs ada plan nak jadi pasangan gay.


Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!



Comments

  1. Btw, si mamat tu mcm rasa bangga je buat gitu? Rasanya 'minah' buat tindakan yg betul. Saya pn akan zerosssss respect tuk org cmni.. agak2 laa kan.. btw, arnab gemok, the true story of u ker? Hihi..Kalau saya, tak nak kawan terus dgn mamat tu..padan muka dia :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnnnnnn~
      Tak suka lelaki yang tak reti hormat perempuan.
      Bagi saya laa, lelaki memang sangat tak patut cakap/buat anything yang berkaitan perkara 18sx terhadap kawan-kawan perempuan depa sebab itu menunjukkan betapa rendahnya pandangan depa terhadap kaum perempuan.

      Taknak laa kata own experience or not.
      Nak elakkan any perasaan tersinggung.
      Tapi yang penting, it is based on kejadian sebenar.
      =)

      Delete
  2. erm, elok jauhkan diri sikit bila tahu perangai dia..tak kisah lla dia nak cakap apa. tp demi keselamatan diri kita jgk kan.
    mmng ada lelaki macam tu. jnis kepala otak senget..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah hal.
      Golongan macam ni memang ada potensi buat benda-benda tak senonoh.
      Takuiiitttt~

      Delete
  3. OMG I hate this kind of guy. They think they can simply say or do anything to us women..Who do you think you are??? Urghhh..rasa nak tolak masuk gaung org mcm ni k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just make u feel like u wanna give him one hard, tight slap on the face kan??
      Hope one day someone will put some sense into his mind (if he has one).

      Delete
  4. Saya tak hormat akan lelaki seperti ini. Perempuan juga insan mulia yang dicipta oleh tuhan.Wanita juga layak mendapat hak sama rata seperti lelaki.Tiada sesiapa yang boleh merendahkannya.Lelaki yang menghormati perempuan merupakan lelaki yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly!!

      True gentlemen know how to treat women right.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE