19th: SESI CATCH UP DAN MESH UP VERSI RAMADHAN 2013

Assalamualaikum

MasyaAllah lebih seminggu dah saya tak up kan entri kat blog ni.

Masa oh masa~cepatnya laahai kau bergerak. Rasa macam baru semalam usha-usha blog ni. Kaedahnya dah bersawang kiri, kanan. 
Sorry sangat-sangat kat semua bloggermoks and readers. Saya selalu dicemburui oleh masa. Ewahh~

Disebabkan dah almost 2 weeks saya tak berkesempatan untuk update, jadi, embrace yourself people, kerana entri ini mungkin bakal mempersona anda semua for at least half an hour. Ok maybe bab mempersona tu tipu laa. And jugak bab setengah jam tu pun ada keraguan disitu. Apa pun, lets dig in this entry!!!


Oh ye, sebelum tu. Rasanya belum terlambat lagi untuk saya wish semua bloggermoks and readers Muslims, Ramadhan Mubarak. Salam Ramadhan 1434H buat semua. Moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yang lebih baik dari sebelum-sebelum ini buat kita semua. Moga kita punya lebih masa dan kudrat untuk membaca dan menelaah kitab suci al-Quran, serta lebih ringan badan kita semua untuk bersolat tarawikh dan juga witir. InsyaAllah~




This year's Ramadhan, one of my best buddies, Eruz , decided untuk datang and sama-sama "megang puasa" (ada tak antara korengs yang guna istilah ni jugak?? Sebab saya dari kecik memang semua family and saudara-mara saya cakap bila nak first Ramadhan tu kiranya kita nak "megang puasa". Tak sure istilah ni valid in penggunaan masyarakat sejagat atau tak) dengan family saya. So she came all the way dari KL and spent 4 days at my house. 


Beberapa lagak letop kami (worry not, nothing was meletop ferreal. Semua nyawa selamat, alhamdulillah~).










Sepanjang 2 minggu lepas, saya ada laa pergi memanjat tangga beberapa shopping complexes dan seperti biasa, telah membuat beberapa pembelian yang saya kira ada jugak laa membantu dalam perkembangan dan pembangunan ekonomi negara (bagilah peluang saya untuk melihat perkara ini dari sisi positif).


Jadi untuk entri kali ni, saya akan share mengenai items yang saya beli tempoh hari. Bukan semua tapi beberapa yang mengikut perhitungan saya, berbaloi dan worth to be shared with you guys. Manalah tahu kalau-kalau ada antara banyak-banyak (banyak ke??) ni yang menepati citarasa dan kemahuan (ye, "kemahuan". Tipulah kalau saya kata items yang saya beli ni tergolong dalam kategori "keperluan") korengs.


Situasi 1: "Comelnya packaging dia!!!"

Penyelesaian: My Beauty Diary Strawberry Yogurt Amino Acid Cleanser
Harga: RM17.99 sahaja



Comel kan rupa dia?? I am a total sucker for anything with cute packaging (especially if they are pink and has ribbons on them). Walaupun saya tak tahu saya sesuai ke tak dengan certain beauty products tapi kalau design packaging dia awesome and cute, 90% saya jamin saya akan hangkut dia ke kaunter pembayaran tanpa ragu.

Tapi alhamdulillah produk ni sesuai dengan kulit muka saya. Bau dia masam, just like yogurt yang kita selalu makan tu. And rasa dia (ok, bukan rasa melalui lidah, tapi rasa bila apply kat kulit muka) soft and easily berbuih. One thing about me, saya suka kalau beli sabun (any type of sabun. Tak kisah laa untuk muka ke, badan ke, basuh baju ke, etc), saya mesti nak sabun tu berbuih dengan kayaraya nya. Sebab bagi saya, kalau sabun tu tak berbuih sangat rasa macam tak bersih seyh apa-apa yang saya basuh tu. Itu hanyalah monolog dalaman diri saya. Tak tahulah orang lain macam mana kan.
Lagi satu, produk ni datang dalam mangkuk berpenutup beserta sudu/spatula untuk scoop produk ni tanpa perlu kita gunakan tangan. Very hygienic. *tunjuk jari good*

Situasi 2: "Michelle Phan guna lipbalm bentuk bola. I must have one also!!!"

Penyelesaian: Etude House Missing U Lipbalm #03
Harga: RM35.90 sahaja







Looks like a bird's egg but really, it's not. Glides smoothly on your lips and moisturizes it throughout the whole day. Ewahh~fenfeeling Michelle Phan plak nak bagi reviu speaking bagai.

Tapi seriously memang best. Biasanya stick lipbalm tak boleh bagi amount of moisture yang secukupnya untuk bibir kita. So biasanya, dalam an hour or two, kita kena reapply. But for this egg (or ball) lipbalm, walaupun dari segi fizikal, kita tengok tekstur dia sama macam stick lipbalm yang selalu tu, tapi once kita apply kat bibir kita, kita dapat rasa the richness of moisture yang biasanya kita hanya dapat kalau kita apply Vaseline kat bibir kita. Boleh bayang kan macam mana rasa dia? Sangat lembap (bukan lembab lah. Tu dah kes lain)!!!
Ia juga punya bau peach yang harum memikat tastebuds. Ini sangat bonus point!

Situasi 3: "Pori-pori yang suka membangga diri di sekitar pipi, dagu, dan hidung."

Penyelesaian: Etude House Wonder Pore Clay Clear
Harga: RM69.90 sahaja



Thumbs up untuk tekstur lumpur yang sangat mewah!!! *winkwink kegembiraan*



My God!! Saya sudah jatuh cinta sama ini produklah!!!

Sebagai seorang manusia yang mempunyai perembesan peluh serta sebum tahap tinggi, pori-pori saya always occupied dengan pelbagai jenis kotoran. Tu tak kira lagi kotoran-kotoran sumbangan dari alam sekeliling yang tak berapa nak bersih ni (asap, habuk, jerebu, and and and make ups). Jadi most of the time, jerawat yang naik semuanya sebab ada pori-pori yang tersumbat dengan mendalah-mendalah yang tak sepatutnya tu. Tambahan plak, pori-pori kat bahagian pipi and T-zone suka sangat over-exposed diri depa semua. Sibuk nak buat special appearances. Sakit pulak hati kita, awak. So produk ni memang the best solution untuk semua masalah tu.
It comes in a mangkuk comel berpenutup. Siap dengan spatula berbentuk untuk guna masa apply kat muka kita (takyah kotorkan jari jemari korengs and dapat elakkan contaminations jugeks). Tekstur dia macam meringue, spongy and soft. Very tempting untuk dimakan. Tapi highly dinasihatkan untuk korengs supaya janganlah buat perkara tu.

Situasi 4: "Nak beg ala-ala clutch tapi buat daripada kain berbulu yang serap peluh."

Penyelesaian: Daiso Fluffy Pouch Medium Size
Harga: RM5.00 sahaja (steal!!!)



"Peliknya perempuan ni. Kenapa mesti clutch dia buat daripada kain serap peluh??"

Mesti korengs ada terfikir macam ni kan??
Saya ni memang manusia golongan resesif (skemanya guna istilah biologi. Ahahahahh). Dahlah kidal, lepastu ada sistem perembesan peluh yang maha aktif plak tu. For now, itu jelah rasanya ciri-ciri golongan resesif yang saya ada. Lidah boleh gulung, ibu jari boleh lentik, lagi apa ye??

Balik pada kisah pouch kain berbulu atas ni, saya memang suka bawak small pouch kalau kadang-kadang tu setakat jalan-jalan sekitar kawasan rumah (no, no. Bukan jalan-jalan strolling petang tu. Tu buat apa nak bawak pouch. Bergaya benau plak gamaknya), macam contohnya pergi beli groceries kat Mydin ke, atau pergi hantar or jemput my mom kat ofis ke or something liddat. Tapi most of the time, kalau pergi pouch hunting, susah laa nak jumpa clutch or pouch yang buat dari kain yang serap peluh. Biasanya PVC or faux leather or simply plastic yang see through tu. So tangan saya yang berpeluh ni memang berlecak laa all the time. Tak suka ok.

Jadi bila saya ternampak mendalah berbulu kuning atas ni, apa lagi, grab terus dalam masa dua saat. No regret, no turning back. Ewahh macam dah buat keputusan penting dalam kehidupan plak rasanya. XD
Selain dari warna kuning and pink (bahagian poket and side dalam), it also comes in soft purple and bright pink.

Situasi 5: "Saya nak ceriakan bilik air untuk tetamu yang datang rumah saya." <-- ayat bajet good-good. =P

Penyelesaian: Daiso Duck Deodorizer
Harga: RM5.00 sahaja





So yeah. Ini pewangi untuk bilik air. Gambar itik. Sangat comel. Nak explain apa lagi kan?

Boleh letak in 3 ways. Tampal kat pam tandas atau mangkuk tandas (strictly for tandas duduk sahaja. And kalau korengs jenis tak siram air kat penutup mangkuk tandas tu) atau kat tiles dinding bilik air.
Most probably saya akan letak kat tiles dinding sebab rasanya tempat-tempat lain mesti akan terkena air. I believe the deodorizer tak boleh kena air.
Also available in Frog and Rabbit designs. Tapi masa saya beli cuma tinggal design Duck. Why not? I mean, itik pun comel what?? 
Jadi kalau korengs datang rumah saya, expect to see this itik tersenyum girang dalam bilik air tetamu. No worries, hidden camera is not implanted in its eyes. *senyum penuh makna* Mwehehehh~

Situasi 6: "I saw dream catchers everywhere lately. So saya nak satu untuk letak dalam bilik saya jugak."

Penyelesaian: Dream Catcher Medium Size by Nightmare Catcher
Harga: RM74.00 sahaja (postage included)



Moh kita up close and personal sket untuk tengok designs lebih detailed.





Kat harga dia tadi, saya letak "postage included" so maknanya item ni saya beli online. Saya terjumpa account Nightmare Catcher ni kat Instagram sebenarnya. Link atas ni akan pergi ke business page FB dia. Either way, it's just the same. Same person, same skills, same creativity. Seriously, she's talented. Saya amat berpuas hati dengan hasil kerjanya.

Kita boleh either beli dream catchers yang dah sedia ada ataupun design sendiri ikut kehendak kita. Kiranya boleh custom made laa. Pricing plak ikut the complexity of permintaan kita. Macam saya punya ni, saya searched gambar-gambar dream catchers kat Google and then pilih yang saya nak. According to the seller, saya orang pertama yang requested dream catchers buat daripada ribbons. What to do, my taste and preferences are weird that way. =D
Anyway, she also sells necklaces, hair pieces, bag charms, bracelets, dan bagai-bagai lagi mendalah yang di inspired daripada dream catchers. Sangat awesomepowesome. Do check em out!

So, those are sedikit sebanyak purchases yang saya rasa amat wajar untuk dikongsi dengan korengs sebab they were all worth every ringgits that I have spent. 

Do share kat comment section below entry ni atau kat page FB Si Arnab Gemok Blogspot about any latest pembelian yang korengs baru buat and rasa macam bagus (ni positif punya "macam bagus". Bukan yang negatif punya "macam bagus". Korengs faham what I meant kan? Ekekekek). 
Who knows pembelian korengs tu boleh bagi inspiration or idea kat saya and many others untuk beli jugak kan. Orang kata "sharing is caring". Benda yang elok akan bertambah elok kalau dikongsi bersama-sama. InsyaAllah~

Sebelum saya pergi bersahur ni, nak ingatkan korengs, jangan lupa join GA saya ok.

Cepat-cepat join. Lagi 2 minggu je tinggal and then 2 orang pemenang akan dipilih. Weeeee~
Klik/ketuk/tekan sini --> G.A. by Si Arnab Gemok, With Lovesss

Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!



Comments

  1. waaaa banyak nya barng yang awak beli . . hehehehe . . tapi bgus jugakkan semua untuk kecantikan diri . . memang worth it untuk spend money dekat diri kita sendiri . . tak kisah mahal atau murah . . janji puas hati . . kan ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, asalkan barang yang dibeli tu sesuai, tak kisah mahal or murah, i mesti puas hati.
      Brand and price tak penting.
      Yang penting, beli wisely.
      ^^,

      Delete
  2. dari dlu ko memang suke beli barang2 comel kan..asal comel beli..ye!aku perasan tuh..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE