22nd: JANGAN LUPA TELEKUNG RAYA

Assalamualaikum

Tak sangka Ramadhan dah hampir meninggalkan kita semua. Sudah tiba malam-malam terakhir kita bersama-sama bulan yang mulia ni. Terasa sedih bila memikirkan diri ni tak beribadah sebanyak yang dirancang.

Biasalah, bila lepas je Ramadhan setiap tahun, mesti saya berazam "Oh, tahun depan saya akan pastikan saya khatam whole al-Quran and pergi terawikh setiap malam masa bulan puasa nanti!!!". 
Tapi bila tiba Ramadhan yang dikatakan, mesti tak tercapai apa yang telah di"plan-plan"kan tahun sebelumnya. I know, it's my bad. 
Astaghfirullah~moga saya masih berkesempatan bertemu Ramadhan tahun depan. InsyaAllah.

So, bila Ramadhan meninggalkan kita, bulan apa yang akan menyusul tiba??

Syawal laa, apa lagi kan. *pompom kebaboom* <--bunyik mercun
Bila sebut Syawal a.k.a Hari Raya Aidilfitri, mana boleh lari dari isu baju baru, kasut baru, beg baru, sofa baru, langsir baru, kereta baru, set tv baru, senang cerita, segala-galanya nak baru belaka laa chuolz.

Tapi ramai antara kita yang selalu terlepas pandang (ataupun terlupa dek kerana happy sangat bershopping kan benda-benda lain) untuk membeli sepersalinan "pakaian solat" yang baru buat dibawa pergi semasa solat sunat Aidilfitri di pagi 1 Syawal (saya ponggg~ni kira self-reminder laa ni). ^^,


Jangan risau, masih belum terlambat untuk kita semua pergi beli sepasang telekung/sehelai kain pelikat/kopiah baru untuk pakai masa sembahyang raya kali ni. Lagipun, ada je antara kita yang belum beli baju raya kan (termasuklah saya ni haa)?? So, weekend ni masa pergi Jalan TAR (atau mana-mana shopping complexes yang korengs choose to go to), ringan-ringankan mata untuk usha-usha telekung/kain pelikat/kopiah yang nampak awesomepowesome untuk dipakai masa sembahyang raya nanti. 


Alhamdulillah I already got a pair of telekung raya for myself a week ago. Siap basuh and lipat elok-elok, dah letak dalam almari dah. Tinggal nak iron kan je malam raya nanti.


Tahun ni saya decided to buy my telekung raya from Bella Ammara .

Actually, a friend of mine yang introduced page ni kat saya tahun lepas. Tapi masa tu tak jumpa yang berkenan and sesuai sebab banyak collections kat Bella Ammara ni semuanya telekung berwarna. Call me old-fashioned tapi saya memang prefer my telekung to be white (kecualilah bahagian sulam-sulaman tu. Sulam bunga-bunga tu saya tak kisah sangat kalau ada warna-warni sket. Nampak comel jugak. Ewahh~).

Kebetulan 2 minggu lepas, tengah scroll-scroll homepage FB, ternampak Bella Ammara update yang depa ada keluarkan collection khas size XL (sesuai untuk si ronjeng-ronjeng luar sana yang tinggi sampai 175cm) and color putih. Saya pun terus "Aku mesti order!!!!!!!!!!!" and nilah rupanya telekung raya saya tahun ni. Tadaa~


AMMARA Crystal White XL




The material's nice. Lembut and tak jarang. And panjang kain memang sangat sesuai untuk mereka yang tinggi ala-ala model. Echewahh~

Biasanya saya memang susah nak cari telekung ready made yang cukup panjang kainnya tanpa perlu saya berstokin setiap kali nak sembahyang. Susah ok jadik orang terlebih tinggi.





Tadi depa baru je update. Ada collection baru size XL untuk raya and collection yang ni berwarna-warni. Boleh check out their FB page atau pergi sendiri jenguk kedai fizikal depa yang baru dibuka kat Setapak, KL. Untuk full address, just click on all the perkataan " Bella Ammara " yang wujud dalam entry ni, sebab saya dah link kan semua ke FB page nya. 


Depa turut menjual jubah and baju melayu untuk lelaki. So apa tunggu lagi. Go laa usha-usha!!!


Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!



Comments

  1. Bella Ammara uols~kelaaasssss kak tonnn!
    elegant ok telekung yg tersebut di atas!Suke!

    ReplyDelete
  2. sekali imbas dah macam baju nikah pun ade..ape2 pun telekong bella amara memang cantik2 kan... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE