1st: DARIPADA MENGHAKIMI, ADA BAIK KORANG MEM"BACA"

Assalamualaikum

Wuuhuu~akhirnya saya berjaya membuat diri saya terjebak dengan dunia blogging. Selama ni saya tengok je dari jauh kawan-kawan saya syok buat blog entri untuk blog depa semua. Pastu pakat ramai-ramai bukak blog blogger-blogger femes and sokseksoksek pasal isu apa menda ntah, yang hanya depa, blogger-blogger riang, yang paham. Saya seperti biasa, low profile, dok tepi, buat-buat tak amik port. Tak sangka tahun 2013, bulan April, tanggal 16hb, saya plak dok juling bijik mata menaip entri untuk blog saya sendiri. Gigih tu siap jot down dulu dalam notebook nak dok mengarang pasal apa. Noob sangat rasanya. Ahh, pedulik apa. Saya pun nak jugak merasa nikmat duniawi.

Ok lah, sembang kosong banyak pun takdak guna. Saya rasa lebih bersopan kiranya entri first ni saya dedikasikan untuk readers semua tahu serba sedikit pasal saya. Saya ni bukan jenis yang suka cerita pasal personal life saya (family lettew). So saya prefer untuk bersembang pasal minat saya sebab bagi saya, kalau nak kenal orang, kita kena laa tahu apa yang dia minat. Dari situ, kita boleh baca (read: BACA ok. BUKAN judge) dia tu jenis yang macam mana. So sila lah "baca" saya. Echewah~

1. ARNAB/ RABBIT/ BUNNIES (dan yang sehangkutan dengannya)

Based on URL blog ni pun rasanya ramai dah boleh agak kecenderungan minat saya terhadap sejenis haiwan bernama "Arnab". Tang "Gemok" tu paham-paham laa dituju kat siapa (read: diri saya sendiri...lololol). Dari kecik lagi kalau tengok kartun, saya memang tak boleh kalau ada arnab, arnab ni. Masa tengok Alice In Wonderland dulu, rasa cam nk lompat je masuk dalam tv and joget-joget dengan si arnab putih yang gemok tu. Alah, yang cakap "Oh dear! Oh dear, I shall be too late" pastu hangkut Alice masuk dalam rabbit hole tu dengan dia sekali. Comel bukan? Ye, saya tanya, comel bukan perangai saya? Trololol. XD

Ok enough perasan. Tapi betul, siapa je yang mampu resist haiwan secomel arnab? Oh no, not me. Tengok ni, cuba korengs tengok ni. Mampukah anda menolaknya?

Rasa nak gigit-gigit je telinga panjang tu!!

Sumber - RoflZoo

Main peluk-peluk plaks?? Ahh, gediknya. Bencik!!


Snuggle laa saya, snuggle saya juga!!! ^oo^

Sumber - LolBunniez

Awal tahun 2012, cousin saya, yang jugak merupakan jiran saya, telah membuat suatu keputusan terhebat abad ini bila dia membawak balik 2 ekor arnab dari sekolah. Rasanya projek sekolah barangkali. Since then, arnab pun mula bertambah sekor demi sekor kat rumah kitorang sampai laa sekarang dah ada 6 ekor (dulu ada 8 tapi 2 dah bagi orang). Dapat membela arnab is like a childhood dream of mine came true (p/s: saya juga berkeinginan membela kucing. Yang ni masih dalam perancangan. Any tips??)

2. ANIME BLEACH


Bila saya cakap saya minat Bleach, ramai kawan-kawan saya cakap saya pelik. Pelik sebab "Apa yang ko nak minat sangat. Setakat kartun je pun." Respon saya? Biasalah. "Helloooooooooo *snap jari 3 kali ala nigga*, Bleach bukan kartun ye. BUKAN. Bleach ialah anime. Anime berbeza daripada kartun!!" dengan lubang hidung kembang kempis. Sampai depa kena kata "Chill, bitch. Kitorang saja je nak menimbulkan amarah ko." Haa, tahu hangpa takut. Hohoii~ 

Standard laa bila kita dah lama sangat bergelumang dengan sesuatu anime ni, kita sampai rasa watak depa tu semua real and ada wujud kat dunia nyata ni. Kan? Kan? Kan? Ok maybe hanya saya je yang rasa camtu. Oh kedengaran nerd sungguh diriku ini. 

So ni laa antara karakter-karakter Bleach yang saya harap wujud kerana depa memang awesomepowesome!!! *sambil jerit "Bankai!"*

Ultimate peberet, Kuchiki Rukia, Vice Captain of 13th Division.

Sumber - BleachFanFiction

Saya juga suka Abarai Renji sebab dia kacak. Ok laa, ok laa. Sebab dia kuat.
Abarai Renji, Vice Captain of 6th Division.

Sumber - BleachFanFiction

Yang ni plak kalau tak minat, tak tahu laa kenapa orang tengok/ baca Bleach kennnnnnnns~
The notorious monster, Kurosaki Ichigo, hero a.k.a Substitute Shinigami.

Sumber - Zerochan

Kalau tak suka versi ganas-ganas, Bleach pun ada versi gemok, pendek, comel-comel.
Apa? Tak percaya? Tolonglah percaya. Tengok.

Kuchiki Byakuya, Captain of 6th Division (abang kepada Kuchiki Rukia)


3. K-POP & K-DRAMA (read: ONLY beberapa. BUKAN semua)

Apa tu? Apa tu? Keluhan? Rungutan? Ahahahahahh. I know, I know. Cliche sangat kan bila minat mendalah 2 ketol ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang terminat. So nak taknak kena laa bagitahu. Saya ni jujur orangnya. Gittewww~ 

Nak kata saya ni die hard fan sampai pegi kedai dvd cari dvd full set original tu memang taklah. Tapi kalau dah tunjuk kat tv tu, saya tengok jelaa. Dan bila dah tengok tu, terjatuh minat laa kan. Siapa tak terminat tengok baju-baju depa yang hat terkini, terlatest semua tu bagai. Mana hadoo nak dapat kat Malaysia ni. Kalau hadoo pun, mahal laa noks. Iolz mampu tengok johh. 

Sebenarnya tak banyak sangat K-Drama yang saya minat. Ada laa 2,3 je (ok, maybe lebih) yang saya betul-betul tengok semua episodes. Ni antaranya:

Full House

Sumber - South Korea Addict

First time tengok K-Drama yang terus minat memang yang ni laa. Ingat lagi masa tu study kat matrikulasi. Punya laa berebut nak dapat tempat depan kat bilik tv, sanggup tu mandi awal-awal, packing buku apa semua. Berlari turun pegi bilik tv dengan room mates lagi 2 orang. Biasanya kitorang laa jadik memacik tukang bukak pintu bilik tv sebab yelaa, yang paling awal tiba laa katakannn~

Bread, Love and Dreams

Sumber - Korean Drama Guide

Yang ni dok tengok dengan my parents (parents iolz pun layan K-Drama tahu. Hipster sangat parents saya). Rasanya baru beberapa tahun lepas (dalam 2011 kut) tengok kt KBS (Astro channel 391). Dalam cerita ni, seperti biasa, saya lebih menumpukan perhatian kepada watak antagonis, Majun, yang dilakonkan oleh Joo Won. Kenapa? Sebab muka dia macam TOP. Bukan, bukan TOP sabun cuci baju tu. Choi~ni TOP kumpulan Big Bang tu laa. Ok, tu nanti ada kisah selanjutnya. So berbalik kepada Majun yang kacak tu (nak jugak), walaupun watak dia agak sadis dan kejam, tapi rasanya dia memang kacak kut. Eh, macam takde motif plak kan ayat ni. Ahahahh. Nextttttt~

Miss Ahjumma

Sumber - Korean Drama

Haa, ni pun layan dengan parents. Cerita yang ni kitorang tengok penuh semangat. Sampai kalau terlepas tengok siaran malam, kitorang mesti akan tengok siaran ulangan sama ada waktu pagi ataupun hujung minggu. Gigih tu. Maybe sebab intipati cerita ni banyak pasal family kut. Bila tengok macam mana seorang janda berusaha memperbaiki taraf hidup dia demi anak selepas suami dia tinggalkan dia untuk perempuan lebih hot. Tengok-tengok lepas tu, dia lagi hot. Teruih bekas laki dia gila talak. Padan muka.

To The Beautiful You

Sumber - Mulan Sahbanu

Masa first start tengok cerita ni, expectation memang tinggi. Sebab ni kan remake dari J-Drama, Hanazakari No Kimitachi E. J-Drama tahu-tahu jelaa exaggerations depa kan ala-ala anime style so memang kelakar tak hingat. Hana Kimi tu saya dah khatam seploh kali masa 2009 jadi bila dengar tahun lepas (2012) nak keluar versi Korea apa lagi, berhantam berjoget laa ai. Tapi after tengok beberapa episodes, baru saya sedar konsep K-Drama takkan boleh sama dengan J-Drama. K-Drama dia punya elemen cinta tu pekat sangat. Kalah kopi o nenek saya buat. So, yeahh. Tu laa. Kurenggg laa compared dengan Hana Kimi.

Full House Take 2

Ini, ini, ini memang saya dah laaaaaaaaaaaama tunggu nak tengok. Awal tahun haritu stumbled upon posters and snippets cerita ni. Punya laa ampuh nak tahu ni cerita apa, sampai bersengkang mata carik trailer laa apa laa pasal mendalah ni. Dengan gila angau kat mamat No Minwoo tu takyah cakap laa kan. Muka dia perfektante laa chuolz (my mom and cousin cakap muka dia cam bapuk. Auwwww~tergamak mereka. Ciskek!). 

Pastu ada satu malam, masa bulan Mac haritu, tengah sedap-sedap layan Runningman (akan ada kisah pasal ni jugak. Nantikan. Mwahahahahass) kat SBS (Astro channel 393), terkeluaq laa iklan pasal cerita ni nak tayang. Tuhan je yang tahu betapa bergolek riangnya hati saya. Bila dah layan, No Minwoo tiba-tiba dah jatuh sipi. Si mamat blonde, Kang Hwi (Park Ki Woong), tu plak yang saya pi minat. Tak tahu laa apa masalah saya dengan second hero. Saya memang mudah jatuh hati dengan hero yang dilayan dingin oleh heroin barangkali. Simpatetik sangat laa aku ni!

Apa pun, cerita ni memang best. Sadly, malam ni episode last. :'''(

p/s: Tapi korengs perasan tak K-Drama suka tonjolkan "bromance" yang melampau??



Cakap pasal K-Pop plak rasanya takyah laa saya ulas and list satu-satu lelagu and kumpulan-kumpulan mana yang saya minat. Sebab...err,memang banyak sangat. Kang mahu sampai minggu depan tak siap saya menaip first entri ni. Jadi meh laa saya ringkaskan isu keminatan saya terhadap K-Pop dengan meng"highlight"kan satu big name, big influence, first love saya dalam arena ke"K-Pop"an ni, jeng jeng jeng, tadaa!!! 

BIG BANG!!! *bedebam bedebom bunyik mercun* 

Dari zaman Taeyang perasan nigga


Sampai laa zaman TOP masih berambut jambu

Sumber - Koreano-Holic

Dan Daesung berhijab


Sehinggalah TOP berambut ala Hatsune Miku

Sumber - Soompi

Saya tetap dan masih fangirl ulung mereka!!!

Saya mula minat Big Bang masa tahun 2010. Start dari situ laa saya kenal dengan K-Pop idols yang lain-lain. Tapi nak kata kipas susah mati tu, maybe untuk Big Bang jelaa kut. Tu pun takde laa sampai nak spend ribu riban untuk pi konsert/tour depa. Tapi setakat hafal 99.99% daripada semua lelagu depa tu boleh laa.*muka kerek*

Lani saya dok menanti-nanti bila laa depa nak mai Malaysia lagi sebab masa depa datang last year, saya tak dapat nak pi walaupun tiket dah beli. Saya harap depa akan datang laa touring ke mini konsert ke apa ke kat Malaysia dalam masa terdekat ni. Yelaa, at least sebelum saya dah berubah status menjadi tunang orang ke isteri orang ke mak orang ke. Orang kata nak pi konsert, konsert bagai ni, kalau time single mingle jingle bell ni lebih sesuai. Kang terbelalak plak mata mentua bila dapat tahu menantu pi terkinja-kinja tengok konsert K-Pop. Ye idok??

Bila saya tengah nak jadi mode gila angau syok sendiri, saya tatap TOP lama-lama <3<3<3<3<3 *muka fangirling tahap ekstrem*. 

Meh laa join saya. *air liur meleleh*

Sumber - En Korea

Sumber - AllKpop

Sumber - AllKpop

Sumber - Asia4You

Sumber - Yunii

Ok dah. Dah boleh lap air liur tu. 

4. RUNNINGMAN


Sumber - Cahayasharina.blogspot

Cuba bagitahu saya berapa ramai je rakyat Malaysia yang tak pernah tengok Runningman? Ok, maybe ramai tapi cuba bagitahu saya, berapa ramai plak rakyat Malaysia yang dah pernah tengok Runningman at least sekali (ubah strategi soklan)?? Ramai kan?? Konfem ramai punya laa.

Dan dalam ramai-ramai tu, berapa ramai plak lagi yang dah jatuh minat abes laa senang cerita kat rancangan ni?? Mak oiiiii~ramainyaaaaaaaaaa!!!*fenfeeling nampak ramai orang angkat tangan*

Sayalah salah seorang daripada hangpa semua. Hello, Runners Malaysia!!! Moh le kita bergabung, meletopsss!!! 

Selain daripada menjadi seorang Runner yang dedicated, saya juga merupakan Monday Couple official shipper. Kang Gary XX Mong Jihyo all the way bayyybeyhhhh!!! Takde siapa boleh kata they are not meant to be after looking at all these snippets. Ewahh~speaking pulens saya.

Sumber - ImeldaIngelia.blogspot

Sumber - hatikuwarnawarni.blogspot

Sumber - AllKpop

Still tak convinced?? Then how about this???!!

Sumber - AllKpop

Mihihihihihihihihihiwww~ *gelak miang*


Sumber - Astrospace.tumblr

Pada siapa-siapa yang belum pernah tengok Runningman, boleh laa cuba tengok kt:
Astro One HD channel 393
Setiap Jumaat 11.45 malam (Malaysia)

Kalau tak puas and memang jenis tamak haloba macam saya, sila menonton:
Setiap Sabtu 11.15 malam (Malaysia) untuk versi Runningman Marathon. Besar punya!!!

5. SHAWLS AND ACCESSORIES

Mungkin keminatan saya yang tersenarai sebelum-sebelum ni menampakkan sudut kureng normal a.k.a tak berapa nak feminin (tak feminin ke fangirling tak hingat kat atas tu,gila!!), namun pada hakikatnya, saya masih seperti gegadis sunti lain. Echewahh~

Just like any other girls (or women?? Dimanakah kategori saya terjatuh??) out there, saya minat berfesyen. Bukanlah maknanya saya melaram 24 jam tak kena tempat. Saya ni simple je sebenarnya. Takdenya nak pakai baju berlapis-lapis, selendang berlilit tebuan bagai. Tapi nak kata simple sampai main sarung apa je kat badan tu tipu laa kan. Mana ada perempuan yang taknak berusaha untuk nampak cantik. Istilah "effortless beauty" tu terhasil pun setelah seorang perempuan bersiap mencantikkan dirinya. Kalau bangun dari tido dengan air liur basi berkoreng, rambut mengerbang cm singa hutan, orang still nak kata "effortless beauty" tu tak tahu laa kan. Sebab "beauty lies in the eyes of the beholder". Jadi saya tak boleh nak komen secara total.

Back to the point, saya sebagai seorang pemakai tudung a.k.a hijaber or hijabi (not so sure yang mana satu lebih "hipster" bunyiknya. Aherher~), maka tak boleh nak larikan diri, nyorok mana2, daripada meminati shawls collections. Yeahhh hidup tudung panjang!!! Tudung panjang?? Ada kawan saya kata bunyik "kampung" sangat bila saya panggil selendang (atau shawlsssss as they olssss panggilsss sekarangss tu kansss) sebagai "tudung panjang". Laa salah ke?? Whos care? Eh?? Ahahahahahh.

Sumber - SincerelyByUs

Sumber - Shawlmall.blogspot

Sumber - Cosmoladiess

Sumber - aliexpress

Selain daripada minat menatang hat untuk lilit-lilit kat kepala bagi penutup rambut ni, saya jugak minat mendalah jurai-jurai kat leher a.k.a rantai panjang, gelung-gelung kat jejari runcing (err,ok maybe not. Tu blog lain. Salah penggunaan istilah) a.k.a cincin fesyen, and jugak aksesori gegelang. Mak saya pernah cakap yang saya ni dah macam penari kumpulan bangra sebab banyak sangat pakai gelang. Tapi penari bangra pakai gelang banyak-banyak ke?? Maybe laa. Saya memang tak pernah tanggal pakai gelang krungkrang (gelang bising) daripada lepas SPM lagi. Bila agak-agak kaler depa dah macam ala-ala kain buruk, saya cecepat pi kedai, cari stok baru. Tu jelaa keja almost every 5,6 months. Hoo,patut laa duit poket aku madang tak cukup. Choii~

Sumber - aliexpress

Sumber - WeHeartIt

Hat ni memang ceq suka. Reben-reben ni memang keminatan ni!!

Sumber - aliexpress

Sumber - GlobalPremiere.wordpress

As usual, untuk hijaber macam saya, rantai berjurai panjang laa jadi pilihan. Kang nak stylo-stylo pakai hat choker bagai tu, tak nampak laa pulop kan bila dah melilit "tudung panjang".

Sumber - BehindTheSceneSatRegalRose.blogspot

Nanti on entri-entri yang mendatang, saya akan feature kan aksesori yang saya punya sendiri. Buat masa ni, kita setel down dulu, cuci-cuci mata tengok stok dari online blogshops yang hadoo ni haa. Mana laa tahu kut-kut hangpa ada berkenan kat aksesori yang saya dok tunjuk ni, boleh laa pi kat sumber-sumber yang saya dah listed kan tu.*secretly pi check out blogshops*

And, last but obviously NOT the least, saya minat sesuatu (atau "duawatu") yang semua orang lain kat dunia ni turut minat. Bukan minat sket-sket, tapi minat gila ahh senang cakap, iaitu:

6. MAKAN DAN TIDO

Saya tak kontrol macho semasa makan. Saya hanya pikirkan tanggungjawab saya terhadap perut yang kosong, iaitu mengisiknya penuh-penuh, bulat-bulat.

Sumber - Guardian.co.uk

Masa tido, apatah lagi.

Sumber - janemking

Disebabkan keminatan yang melampau terhadap dua perkara ni, saya seringkali menghadapi masalah untuk memilih ketika tengah lapar dan mengantuk, mana patut saya pentingkan?? Susahnya hidup bila kena buat keputusan antara dua mendalah paling diminati kan? Kenapalah mesti lapar time mengantuk and kenapalah mesti mengantuk time lapar? Bukankah badan kita telah diciptakan untuk berfungsi secara bijak dengan sendirinya?? Atau adakah badan saya seorang je berfungsi secara abnormal?

Biasanya battle between lapar dan mengantuk, of course laa mengantuk yang menang. Well, atleast bagi diri ai yang buruk mata ni laa. Tak tahu laa kalau chuolz semua mampu menahan mata sambil menyuap. 

Sumber - starcasm.net

Panjang berjela sudah rasanya saya menceritakan soal keminatan saya. Tu pun baru list kan 6. Belum list sampai 16, mahupun 60. Macam terdengar-dengar korengs cakap "Udah-udah le tu beetch. Penat kitorang baca pasal ko yang minat mendalah pelik-pelik ni weyh!!!"*baling tomato*

So for this first entri, saya harap it managed to fill up your time and mind secara berfaedah (ewahh~harapan tinggi menggunung). Hope korang sudi laa beri tunjuk ajar sebab ai ni,u know laa kan, baru mula berjinak-jinak merpati, aiceh, dengan dunia pembloggingan ni. 

Next entri will be up soon sebab iolz ni bukannya hadoo keja pun chuolz. Haa, hat topik tu kita bukak next time,k. For now, agak-agak korengs dah boleh tak "baca" ai??

Salam menggemok. Toodles~

Assalamualaikum and Have a good day chuolz!!!


Comments

  1. mana one piece, toriko, Shingeki No Kyojin, shakugan no shana, arc the lad, baka to test, angelic layer, La Storia della Arcana Famiglia, Rave master, Gate Keepers, fate stay night, Hakuouki, hunter x hunter, sengoku basara, fairy tail, area no kishi, akira, K- on, wakfu, GJ-bu, and hitman reborn? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara semua-semua yang kau sebut, 2 je aku tengok, Fairy Tail dengan K-On.
      tu pun celam-celum.
      setakat ni, hanya 1 anime je masuk dalam list fav aku.
      kau paham-paham laa aku kan. =P

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE