2nd: "EH, BUKAN DAH GRAD LAST YEAR KE? KENAPA BELUM KERJA LAGI?"

Assalamualaikum

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
180++ views dalam masa 2 hari means a lot to ceq yang baru blajaq tulih blog ni weyh~
HUMONGOUS THANKS kepada readers and also mostly kepada moksmoks sekalian. Mucha gracias bak kata telenovela Infamia kat Astro Bella.
Tanpa support korengs, saya pun segan-segan jugak nak teruskan pembloggingan ni (err,maybe not. Ahahh!). Yela, apa pulop ghopenya kalau saya dok mengomel tapi takde siapa yang sudi baca. Apakah kekejaman itu? 
So, dengan rasa rendah hati (dan sedikit bangga versi suci), saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat semua yang sudi singgah blog ni.

Sumber - Dinomama

Entri kali ni, like I have promised before (echewah~), akan saya ceritakan mengapakah saya mempunyai banyak masa terluang hinggakan daripada takde blog, tiba-tiba dah jadi bloggerina seperti yang korengs tengokss niss.

Sebelum kita pergi ke babak-babak yang agak kontroversial (memang sial, serius tak tipu, continue laa baca), meh laa kita go down the memory lane mengenai kisah kehidupan zaman saya masih mudamudi, ketika zaman indie masih hot meletz.

Saya ni sebenarnya alumni UiTM. Yes, yes, yes. Ni adalah one of the most proudest parts of me yang saya confirm sampai mati pun takkan hilang. Seriously dude, lagu UiTM Dihatiku bukan sekadar dinyanyikan kosong tanpa pengisian dalam jiwa. Lagu tu terkesan weyh. Tak percaya? Tanya laa semua UiTM students. Apa korang tak bangga ke jadi pelajar UiTM? Orang kata jadi pelajar UiTM ni semangat dia lain sket compare dengan universiti-universiti lain. Apa yang lain? Mana laa nak tahu sebab saya cuma pernah jadi pelajar universiti yang bernama UiTM je. Lagipun tu orang yang kata (ayat play safe laa bro).

Starting point saya sebagai pelajar UiTM was back in 2006. Masa tu saya di"enrolled" untuk course Diploma in Information Management kat UiTM Segamat. Time tu bukan gembira sangat pun sebab course tu pilihan ke-6 kut. Nampak sangat sistem khianat tak bagi saya amik Medic (ewahh, Add Maths pun dapat cukup makan, ada hati nak jadi dokter. PUII). Ok, ok. My SPM results was not that bad. Saja je humbling-humbling sebab saya ni rendah diri orangnya. *muntah hijau*

Selesai bertumbuk terajang dengan ASSignments, tests, exams, dan beberapa pertelingkahan manja dengan beberapa lecturers yang saya sayanggg sangat (no, serius, memang saya sayang semua lecturers. Soal keberkatan ilmu tak boleh bawak main), saya pun lepas laa dapat segulung Diploma. 

Alhamdulillah, semua itu untuk parents saya.

Lepas grad Diploma, fenfeeling laa ceq nak berehat-rehat kat rumah. Yelaa, jiwa muda, bajet dah ada Diploma tu dah macam up gila. Padahal, parents saya macam "Hek eleh ko budak. Takde, takde. Pegi further Degree pulak!" dan saya pun macam "Err,baiklah."

Degree years, jangan cakap, perghhhh, tak tahu nak mula dari mana. Patutkah diceritakan macam mana saya memulakan langkah di UiTM Shah Alam dengan penuh rasa menyampah, meluat, dan "HELLO,AKU NAK QUIT LIKE RIGHT NOW"-feeling? Atau patutkah saya skip yang tu dan terus kepada part "HELLO AKU TAKNAK ABES DEGREE SEBAB AKU ENJOY DUDUK SINI DENGAN MEMBE-MEMBE"-feeling? Atau rasanya korengss semua dah boleh agak kan macam mana "journey"nya? Apa? Belum pernah masuk universiti? Takpe, adik-adik nanti akan paham apa yang akak maksudkan. Echewahh~"akak" laa seyh. Rasa otai sangat. Kapishhh X)

So basically, 2009 sampai laa 2012, my life was at its best stage. UiTM Shah Alam memang mencabar tapi apa barang hidup takde cabaran kan? Tak belia 4B laa weyh. Lagipun bila kita ni masuk je kampus Shah Alam (bagi students UiTM), rasa kerek pasti menjadi ganda doblas. Rasa good-good je time kat sana. Setakat pak gad tu, heh, pandang sipi je (ok, tak, tak. UiTM Shah Alam tak mengajar para pelajarnya menjadi disrecpectful terhadap orang tua. Sumpah tak). 

Akhirnya, saya berjaya mendapat segulung Ijazah, Bachelor of Mass Communication (Hons) Public Relations. Kali ni, sistem dah taubat. Tak khianat dah. Saya dapat pilihan pertama saya mengikut apa yang saya mohon and saya berjaya habiskan (grad on time,baybeyhh!) before perasaan nak quit tu datang lagi. Nasib baik. Ahahahahh.

Alhamdulillah, ini semua juga untuk parents saya.

Back to the point of kenapakah saya ada begitu banyak masa senggang untuk melakukan hobi-hobi yang disukai, tidak seperti rerakan lain yang mungkin sudah sibuk membina kerjaya dan mungkin juga ada yang kerja kerana (ehem) terpaksa, jawapannya? Jawapannya, suka hati aku lah weyh.

Ha'ah, you got that right.


Saya paling tak paham kenapa ramai sangat yang macam jaki bila dengar saya dah konvo last December tapi sampai April ni masih lagi duduk goyang kaki di rumah. Apakah saya bergoyangan kaki di rumah anda, ataupun anda, mahupun anda yang kepoh-kepoh bertanya dengan muka tak puas hati tu? Apakah kaki yang saya goyangkan ini mengganggu pemandangan anda kerana anda tidak dapat turut sama "marilah bergoyang"? Tidak bukan?

Biasanya yang dok heboh tanya ni of course laa warga yang lebih dewasa (ada jugak yang sebaya-sebaya tapi stok mulut macik/pacik kepoh ngalahkan mami jarum). Saya tak kisah pun kalau mereka bertanya sebab saya pun pasti bertanya kat sesiapa yang dah konvo tapi masih belum bekerja, cuma caranya lain laa.

A: "Oh, dah konvo rupanya. Tahniah. Jadi bila nak mula kerja?"
B: "Alhamdulillah dah abes belajar. Dah cari kerja?"
C: "Haa, bagus, bagus dah khatam ngaji. Sekarang kerja mana?"
D: "Jadi bila nak kahwin?"

Ok, soklan yang last tu macam out of topic. Mungkin macik/pacik yang tanya tu nak amik jadik calon menantu kut. Auwwwww~

Tapi pokok pangkalnya, tanya sekali sudah. Jangan laa pulak lepas tu disusuli dengan soklan-soklan provokasi seperti:

A: "Haii, dah tu, dah belajar tinggi-tinggi, tak nak kerja? Nak duduk jadi penganggur?"
B: "Laa, dah tu apa susah-susah belajar sampai universiti kalau setakat nak duduk rumah? Ngabehkan boreh!"
C: "Dah abes kan duit belajar masuk U semua, pastu nak duduk rumah je? Tunggu orang masuk meminang?"

Wadde? Apa pasal banyak sangat soklan budiman sebegini yang ditanya kepada seorang graduan yang innocent seperti saya? Adakah selama saya tidak membina kerjaya ini, saya meminta duit poket, duit tepi, mahupun duit perlindungan dekat macik/pacik? Rasanya saya belum pernah lagi pegi rumah macik/pacik mintak makan nasik.

Sumber - lovehappybunny

Ye, saya tahu. Semua orang hanya menegur sebab mengambil berat (yeke?). Tapi like I have said tadi, tanya sekali itu sudah mencukupi. Tak cukupkah lagi jawapan bernas yang seringkali telah saya berikan?

"Err, belum sampai seru nak bekerja lagilah, macik/pacik." Rasanya cukup bernas, humble, honest, dan jitu dah jawapan ni. Kalau saya dapat respond camni daripada orang yang saya tanya, insyaAllah saya takkan tanya lagi dah. Kecualilah jumpa 3 tahun lagi, dia tetap bergoyang kaki di rumah. Itu mungkin saya akan seligi dia sedas, dua untuk menyedarkan dia, "Hoi, jangan membazir degree ko, pandai!".

Bukan saya nak be rude and say "Leave my f*****g life alone!" atau "You are not the boss of me, f****r!" (err, yeke tak nak cakap camtu? Ahahahh). Tapi, just that, kita sebagai manusia kena hormat privasi dan kehidupan orang lain. Kita tak boleh nak samakan hidup kita dengan hidup semua orang.

Sumber - itshappybunny

Setiap tindakan yang saya ambil, ada reasons nya. Hanya parents saya yang faham. And tidak semua tindakan atau keputusan yang saya buat adalah kerana saya malas, tiada matlamat hidup, tak nak berusaha, dan apa-apa lagi perkara negatif yang sering macik/pacik (dan jugak sesiapa yang berkenaan) fikirkan (ye, saya sering dipandang serong bila cakap saya masih belum bekerja).

Siapa tak nak membina kerjaya and make the most out of their talents and skills. Tapi setiap orang ada perancangan kehidupan mereka sendiri. So please, no more bulls******g on "You should go find a job", "Stop being lazy. Pegi carik kerja", "Jangan membazirkan duit mak bapak" or things like that. Saya butuh waktu untuk menentukan arah tuju hidup saya (woii, ini bukan mencarutlah!).

Plus, if my parents do not say anything about it, why should you?

But seriously, saya bukan tidak mahu bekerja tetapi untuk melihat saya menyarung smart attire, bersiap siaga ke office, well let just say, NOT in anytime soon. Tapi it will be such a wonderful thing kalau anda semua doa-doakanlah moga rezeki saya murah and bila saya dah nak mula membina kerjaya saya nanti, hopefully senang nak dapat kerja yang saya minat. InsyaAllah~

Meh kita tengok sket muka "bangga" student UiTM ittewww~


Fakulti kesayangan dan kecintaan <3<3<3



Hoho. Penat jugak bercakap pasal topik-topik seriusan ni. Kening kemain berkerut sampai dah nak bercantum ala-ala "unibrow" Elfira Loy. Meh kita legakan kehangatan pembacaan korengs semua dengan video gegula ni. No, no. Jangan risau, bukan video kumpulan M-Pop Gula-gula. Tapi ni, kecomelannya serius molek macam gegula.

Gwiyomi versi comel (bukan mintak penampaq cam lenlain yang selalu tu) <-- jangan lupa usha this special present for korengs

Comel bukan? Newayss, disebabkan kegilaan trend gwiyomi/kiyomi ni tengah menjadi-jadi, beberapa orang kawan ceq suruh ceq buat something yang created by myself untuk post kat blog ni. 

Bila pikir-pikir balik, memang tak laa saya nak record video bergwiyomi sorang-sorang dalam bilik kan. Kang ada yang makan kaki (sayalah tu) or paling tidak pun, mahu seriban, dua hate comments masuk bertubi-tubi. Jadi saya pun masih lagi laa berkira-kira untuk buat gwiyomi dari aspek yang macam mana. Any idea??

Next entri, kita bergwiyomi ye. For now, nah korengs, praktis dulu tahu. 

Sumber - Churpchurp

Salam menggemok. Toodles~

Assalamualaikum and Have a good day chuolz!!!


Comments

  1. people are people. they like to be compared to and to compare. itu adalah suatu bentuk kepuasan hidup dengan penerimaan dari manusia yg lain. cukup sekadar kita terapkan, penerimaan sepatutnya berasal dari YANG SATU. jika ada sebab tersendiri yg xlari dari syarak, akidah, so let it be.xkan everytime perlu explain pd pacik mocik yg bertanyakan di atas.and believe me, pocik mocik yg bertanyakan seolah2 dia ada anak yg plg membanggakan di atas mukabumi Malaysia ini itu, yg education first class, kerja comp public listed, kereta xmahu tempatan, rumah macam rumah dato seri,married someone similar,juga ada keluh kesah di sebalik semua itu.for an instant,anak terlalu sibuk smp pocik mocik terpaksa tny soalan2 kt anak org lain,hati sunyi senanye, tapi masih mahu membanggakan anak beliau tersebut.end up judging people's decision.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly that's what I thought at the first place. I was like "Macik/Pacik punya anak perfect sangat ke?? Plus, kenapa macik/pacik sibuk dengan life saya? Saya ada makpak saya sendiri, takyah susah-susah nak amik kisah."
      Gittewww~

      Delete
  2. soklan yang last tu aku slalu kne.. "bila nk kawen" hahaha.. chill je dlu.. enjoy kehidupan mengganggur selagi mampu.. hahahha...

    p/s: blog aku dh boleh komen.. yeayyyy2!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isu nak kawin tu pun macam patut diulas je nanti. Tak chill langsung depa semua ni kan? Tak tahu ke zaman muda, single, tanpa pekerjaan/komitmen tu sangat best. Aku bajet depa jeles laa weyh. Mwahahahahass XD

      Delete
  3. teringin jgk nk tgk ko buat gwiyomi :P

    hikhik..just try it babe..untuk entri ko slps ni..

    ok ..Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah next entry will be about me acting "cute" (PUII) buat gwiyomi. hoho X)

      Delete
  4. That kid comel gilaaaa!!and she knows how to strum on the guitar..perghhh..way to go girl!i was smiling until the end..kawaii!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. As cute as me aint she??? Ahahahahahahh. Dont forget to join my site and becoming one of my moks for frequent updates yup. Thanks kenobi!!! ^^,

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE