54th: CONFESSION SESSION - MAKE UPS CANNOT MAKE UP FOR YOUR UGLY HABITS

CONFESSION BY:
*Lily (Female, 20, Student)

Assalamualaikum

Hey gaiz.

This is my first time writing something very close and personal, macam ala-ala diari, and getting it officially published (hopefully).

I tak pernah terfikir akan terjebak dengan this whole confession thing. Selalu baca kat FB yang IIUM Confessions tu pun fikir macam ntah apa-apa laa dorang ni. Benda kecik je pun, bukan tak boleh bawak bincang. Tu pun sampai nak tulis confession bagai.

But guess what, here I am today. Confessing my heart out about my roommate.

First of all guys, please jangan judge ok. I dah try talk it out dengan dia about this matter tapi dia buat pekak sampai aku pun pelik kenapa dia tak utilize telinga kurniaan Tuhan kat dia tu.

So macam nilah. Kita mula k.

I'm a student kat salah sebuah IPTA tempatan. I stay hostel. Sebilik 2 orang.

Thank God 2 orang. Kalau 4 orang and dapat 3 roommates perangai macam roommate sekarang, mahu mati bunuh diri aku.

My roommate and I, we tak sama course so kelas pun tak sama waktu. Tapi kitorang ok je. Takdelah tak rapat ke apa. Dah duduk sebilik, pastu berdua je, so somehow kitorang become quite close. Dululah. Now macam fedup plak rasanya.

Masa semester lepas, dia ok je. By the way, this is our second semester jadik roommates. 

"Ok" tu maksudnya normal laa. Kitorang take turn to kemas bilik. Kitorang ada kongsi beli penyapu, penyodok and kain lap habuk dalam bilik.

Every week, kitorang kemas. Contoh, minggu ni I kemas, minggu depan dia plak.

Tapi sejak masuk second sem kitorang as roommates, dia macam makin berat nak angkat penyapu and penyodok. Kain lap habuk apatah lagi.

Mula-mula I ok je. Ingatkan dia penat coz course dia memang selalu ada assignments yang kena pergi luar. Tapi lama-lama I rasa dah macam apa plak kan, bila dia langsung dah tak amik peduli pasal kebersihan bilik.

Dulu baju kotor dia elok je dalam bekas baju kotor duduknya. Sekarang ni atas lantai apa semua dah mula terabur. 

I tried to heart to heart. I cakap dia busy ke lately sampai tak terurus camtu sekali. Dia cakap biasa je. And macam question balik apa yang tak terurusnya. 

Oh ye, lupa nak cakap. Sejak sem yang ni, dia dah mula pakai make up. Make up ala-ala teknik-teknik yang MUA kat youtuber and IG guna tu ye. Bukan make up bodoh macam aku setakat tepek compact powder, blusher and maskara gitu je. Dia complete with contouring and eyebrow on fleek bagai ok. SETIAP HARI.

And that makes things worse. Sebab tong sampah almost every day akan full dengan tisu laa kapas laa make up remover wipes apa bagai laa. And guess siapa yang kena buangkan sampah setiap hari tu? ME. YES, ME. Kalau I tak buang, dia akan buat bodoh and campak je tisu-tisu dia sampai melimpah ruah atas lantai. OMG AI KENOT BRAIN!!!

Sumber: www.studybreaks.com

Gaiz, memang dia cantik. I tak nafikan. Especially since dia dah pandai bagai-bagai teknik make up sekarang ni. Tapi bab jaga kebersihan, masyaaulllohhhhh. 

I banyak kali pesan kat dia, mintak tolong buang sampah jugak if tong dah penuh. Dia cakap nanti, nanti, nanti, nanti dan nanti sampai ke sudah sampah dah bersepah atas lantai. Gaiz, I is geli ok.

Bilik kitorang dah serupa tongkang pecah kalau I tak kemas. Sekarang ni I segan if ada member-member nak datang bilik I buat group assignment. I akan kena kutip semua baju-baju kotor dia dari atas lantai and letak dalam bakul baju dia. Kutip tisu-tisu berterabur and buang dalam tong sampah. Pastu baru ajak member-member masuk bilik. Aku dah macam bibik tak bergaji dah.

I suspect roommate i ni sejenis manusia tak berperasaan kut. Mungkin first sem kitorang sebilik dia berlakon. Then masuk second sem, hamek kauuu. 

I akan cuba slow talk lagi dengan dia sebelum habis final ni. I harap dia dikurniakan hidayah ke apa ke supaya kemas laa at least baju kotor letak laa dalam bakul baju and tisu lap lipstick Mac dia tu tolonglah buang dalam tong sampah.

Next sem, I memang nak mintak tukar bilik. I have had enough.

P/S: *bukan nama sebenar

If you guys are interested to send in your confession/s, do check out this entry ( 52nd Calling Out To All Confessors ) to know how.

Salam menggemok and Toodles~

Assalamualaikum and Have a nice day.

Comments

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE