39th: CORET KURSUS KADET PTD (1)

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik, sebulan sudah berlalu sejak kali pertama saya menjejakkan kaki sambil mengangkut bagasi masuk ke perkarangan Intan Wilayah Tengah (atau lebih mesra dan dekat di hati para kadet sebagai Intengah, rumah kedua kami buat 14 bulan yang mendatang). 
Macam tak percaya baru sebulan. Rasa macam dah setahun. Ahahahahh kidding kidding~

Tapi memang betul. Susah nak percaya saya dah berjaya mengharungi sebulan yang penuh pancaroba di Intengah. Dengan tidur malam yang tak pernah cukup (paling handal pun dapat tidur 4 jam sehari. Tu pun kalau bernasib baik laa. Biasanya nasib selalu kurang baik~), PT (physical training) yang serba hebat setiap petang DAN pagi, tugasan yang datang tanpa henti dengan soalan-soalan yang bukan calang-calang, masa makan yang pendek dan cabaran paaaaaaling utama, baju kotor yang balik-balik asik menimbun. Hohoho~

Apapun, alhamdulillah. Kehidupan fasa baru, di tempat baru, dengan jadual waktu baru, bersama-sama kenalan baru, telah habis dilalui selama sebulan. Baaaaaanyak pengalaman baru dapat ditimba walaupun baru kira-kira 4 minggu menjadi Kadet PTD. 

Jujur cakap, semakin lama berada di sana, semakin saya sedar banyak kekurangan diri dan betapa ceteknya ilmu serta kemahiran yang saya ada berbanding kadet-kadet lain. Seriously, every day I realized how much more there is for me to learn and share with others. Bak kata salah seorang penceramah yang datang 2 minggu lalu, "Kamu semua ni sebenarnya 99% compatible with each other. Perwatakan kamu semua saling compliment one another.
Maknanya, apa yang kita tiada, pasti kadet lain ada. Dan begitu juga vice versa. Sebab tulah kitorang semua dipilih untuk melengkapkan batch pertama Kursus Kadet PTD Bilangan 1 Tahun 2014 ni.
And we all stand together by the principle of "All for one, One for all".

Kalau nak kata tak terkejut tu memang tipulah bila sampai-sampai je, hari kedua terus ramai-ramai diangkut naik bas, dibawak ke Kalumpang Training Camp, Ulu Selangor, untuk menjalani Group Integration (GI) selama 4 hari 3 malam. Nasib baik most of us (termasuklah saya) memang dah prepare packing beg untuk pergi camping for the first week (terima kasih kepada pedoman dari para seniors terdahulu). Selamat dah satu kisah.
Pengalaman sepanjang di GI takyah ceritalah. Dengan kuku tercabut, badan lebam birat, tangan tercalar-balar, solo night walk tengah hutan, masak ayam guna arang, berebut bola pingpong dalam sungai, semua dah tempuhlah. Apa kata survey? Cenggini bro *tunjuk good 2-2 tangan*. Memang terbaik!!!

Minggu kedua, Minggu Bina Sahsiah, merupakan minggu battle against time and fatigues. Badan dah letih dari minggu pertama, diheret ke minggu kedua. Ulang alik (by bus) plak hari-hari dari Intengah ke Kiara sebaik sahaja lepas Subuh sampai laa ke hampir tengah malam semula baru dapat jengah balik bilik kat Intengah. Ya Allah, minggu ni setiap hari paling rindu tak lain tak bukan, katil kat Intengah tulah. Buah hati pengarang jantung yang terngiang-ngiang sepanjang hari di Kiara, "Oh katil, oh katil~". 

The only sad thing for me setakat ni ialah bila diri ini diisytihar tidak sihat untuk menyertai Modul Pertahanan Negara yang sepatutnya sedang berlangsung dari minggu lepas sampailah minggu depan ni. Sidang C dan Sidang D (sidang saya) sekarang ni sedang bertungkus lumus di Kem Tentera Darat, Port Dickson, melaksanakan modul luar pertama. Minggu depan diorang semua akan ronda satu Semenanjung dari kem ke kem until Friday (pulang ke Intengah). 
Saya pula baru sahaja discharged dari Hospital Pantai malam semalam setelah 4 hari 3 malam admitted due to acute sinusitis and strained legs' muscles. Tak pernah-pernah kena sinus, tiba-tiba kena terus acute katanya. Takpelah. Nak buat macam mana, dah takdir saya. Nak dijadikan sebab je keadaan kurang bersih di kawasan penginapan kat sana. Bukan salah sesiapa. 
Apapun, tomorrow I'll be back in Intengah, all fit and ready for more new challenges.
Disebabkan tidak menghadiri modul luar, saya dan beberapa rakan yang senasib, perlu menyempurnakan tugasan yang setimpal berbentuk kajian kes untuk diberikan pemarkahan setara dengan mereka yang sedang berjuang di medan modul luar. InsyaAllah~I will do my very best!!! ^^,

GI week~











Momen-momen di Kiara (setakat ini. Sebab for sure, there's more to come real soon)~






Sidang D, sidang kebanggaan hati <3



Orang kata, part paling menyentuh hati tu bila berdiri ramai-ramai nyanyi lagu PTD. Tu memang betul. Kadang-kadang hati ni lemah, jahat, penuh khilaf. Senang je rasa nak give up, nak quit, tapi cepat-cepat pujuk hati nan duka lara, cepat-cepat buka bait "Sentiasa selangkah di hadapan, Dijadikan pedoman~~", terus rasa macam roh ditiup semula masuk badan. Tudia~syeikh dah mai.

Great honor does not come for free. It comes together with even greater responsibilities.


Sesemput-semput nak bernafas tak cukup masa disana tak menghalang kitorang daripada menyelit masa untuk celebrate birthday member segeng masa GI, Adi, and also say "Congrats" to Uncle Shah yang baru sahaja menyambut kehadiran baby baru. Yeehaw!!!




And, insyaAllah, this will not happen again. Saya akan lebih kuat lagi selepas-selepas ini.


As of now, every weekend  kitorang dapat balik. Alhamdulillah~tulah penguat semangat kitorang untuk menghadapi hari Isnin, Selasa, Rabu, dan Khamis sebab kitorang hampir pasti setiap Jumaat kitorang dapat balik menatap wajah-wajah orang tersayang. Moga yang ini berkekalan sehingga habis kursus.

Salam menggemok. Toodles~

Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!


Comments

  1. Hi Renab Gemok.
    Rajin hapdet ye :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka lettewww nampak muka dia banyak enterframe.
      Ekekekekek~ =P

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE