31st: KAJIAN SI ARNAB GEMOK: ALQURAN & KOMUNIKASI (1)

Assalamualaikum

Pertama sekali, saya ingin memohon jika ada salah silap di mana-mana bahagian olahan ayat saya mengenai topik ini, harap sangat ada yang sudi perbetulkan. I know this is a really serious topic and requires an in-depth study on the real meaning behind every ayat al-Quran. However, saya akan cuba yang terbaik untuk membincangkan (Read: Membincangkan. So saya sedia menerima sebarang cadangan, pandangan, pendapat, lontaran idea, etc dari korengs semua. Coz why?? Coz sharing is caring, especially bab-bab ilmu agama ni) mengenai topik ini.
Dengan lafaz Bismillah~

Pada dasarnya, kitab alQuran itu sendiri merupakan suatu medium komunikasi bagi Allah SWT menyampaikan perintah-perintahNya dan larangan-laranganNya buat seluruh hambaNya. 
Jadi sebelum saya sentuh lebih lanjut, jom kita tengok balik asal-usul penurunan kitab alQuran dan bagaimana ia telah diwahyukan kepada Rasulullah SAW.

Menurut pembacaan saya dari sebuah tafsir alQuran, Rasulullah SAW telah menerima ayat-ayat alQuran secara berperingkat dan melalui pelbagai jenis keadaan. Malaikat yang telah bertanggungjawab menyampaikan wahyu-wahyu kepada Rasulullah SAW ialah malaikat Jibril. 
Ada ayat-ayat yang telah disampaikan secara direct kepada Rasulullah SAW dengan cara malaikat Jibril menampakkan dirinya kepada baginda dan ada juga yang telah diwahyukan terus ke dalam hati baginda. Namun dikatakan ada suatu cara yang paling berat bagi Rasulullah SAW adalah apabila wahyu itu tiba seperti bunyi gemerincing loceng. Dimana jika baginda sedang berjalan, baginda harus berhenti kerana dirasakan amat berat baginya meneruskan perjalanan. Turut disebut di dalam tafsir bahawa sekiranya wahyu sampai kepada Rasulullah SAW dengan cara ini, walaupun ketika musim sejuk, baginda akan berpeluh-peluh seperti menanggung suatu beban yang berat. 
MasyaAllah~

Jika kita lihat, ayat-ayat alQuran telah diturunkan oleh Allah SWT secara berperingkat. Hikmahnya?? 
Of course, sebagai manusia yang memang suka rebel, kita mesti susah nak ikut arahan kan?? Apa yang disuruh, tak semestinya kita willingly nak buat dan paling penting, apa yang dilarang, itulah yang kita syok buat. Khabarnya, orang zaman jahiliah dulu lebih keras kepala dan degil berbanding kita so pendekatan yang Allah SWT apply masa penurunan ayat-ayat alQuran itu, motifnya, supaya lebih mudah bagi umat manusia menerima perubahan sedikit demi sedikit.
Subhanallah~Allah Maha Bijaksana. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Through that, kita dah boleh grab something untuk di"apply" dalam proses komunikasi zaman kini. 
Mana boleh media suapkan terlalu banyak informasi dalam satu masa buat kita semua hadam. Mahu terbelahak masing-masing. Even masa makan pun kita kena kunyah makanan satu-satu, inikan pula masa menerima informasi.
Disitulah datangnya kepentingan kemahiran mendengar. Sebab proses komunikasi bukan sahaja mengenai menyampaikan, tetapi jugak penerimaan. Kalau semua sibuk nak menghambur, siapa yang nak dapat benefit daripada semua hamburan tu kan??

Seperti semua sedia maklum, alQuran mengandungi 30 juzuk yang dilengkapi oleh 114 surah.
Dan tahukah korengs bahawa pertengahan alQuran terletak pada surah al-Kahf ayat yang ke-19

Ok. Itu dia tadi mukadimah serba sedikit mengenai kitab suci agama Islam, alQuran.

Untuk entri kali ni, saya taknak pilih surah yang panjang-panjang atau berat. Saya taknak complicate things sebab bukan apa, ilmu di dada masih cetek. Jadi saya decided untuk discuss pasal komunikasi dalam surah yang pendek dan tentu ramai dah familiar dengan surah ni (antara surah favorite masa solat) iaitu surah al 'Ashr.

al 'Ashr (Masa), 3 ayat
Surah ke-103
Juzuk 30



Sumber: yudhakurniawan.wordpress.com

Sumber: alhishamz.blogspot

Sumber: www.addeen.my

Pokok pangkal isi surah ni sebenarnya menerangkan betapa pentingnya manusia supaya memanfaatkan penggunaan masa kerana it is indeed true that time is gold. Sesaat kita terlepas, takkan mungkin kita boleh dapat balik.
Tapi di samping tu jugak, surah ini ada menerangkan, pada ayat yang last, mengenai golongan yang berpesan-pesan dengan kebenaran beserta penuh kesabaran. 

It's obvious that surah ini menegaskan bahawa golongan manusia yang membazir masa adalah golongan yang hidup dalam kerugian. And oppose to that, golongan manusia yang mengisi masa mereka dengan menyampaikan ataupun mengajarkan ilmu-ilmu yang berfaedah (berpesan-pesan dengan kebenaran) sesama mereka dengan cara yang tertib dan beradab (berpesan-pesan dengan kesabaran) pula merupakan golongan yang beruntung. Sudahlah dapat pahala dan keredhaan Allah SWT, dapat pula menambah ilmu pengetahuan.

Cuba kita aplikasikan makna surah ini ke dalam kehidupan kita sekarang. Untuk bagi lebih senang faham, saya amik pendekatan penggunaan media sosial (tak kiralah Facebook ke Twitter ke Instagram ke Tumblr ke and other ke-ke lain yang ada). 
Pernah tak korengs catat berapa jam sehari korengs spend on those media socials?? Scrolling and scrolling, and keeeeeeeeeeep on scrolling the timeline to see the latest feeds. Am I right?? Even I do that. Saya pun manusia yang penuh khilaf jugak. So inilah nak sama-sama muhasabah diri.

Ada tak sekali terlintas kat fikiran kita betapa banyaknya maklumat-maklumat tidak berguna yang kita dapat compared dengan maklumat-maklumat yang betul-betul boleh pakai?? And then, this eyes of mine (tak cakap orang lain, tapi tuding jari kat diri sendiri dulu apa-apa hal pun) have seen way too many lies, slanders, gossips, and stories that are untrue most of the times. Sad truth to know that makin kita jadi bijak pandai, makin banyak benda-benda buruk yang kita buat. 
Lepas tu, tak fikir banyak, terus retweet or repost. Kenapa ye, kenapa tak ramai yang fikir untuk kaji dulu sebelum tekan button yang akan menyebabkan lebih ramai tertipu dengan fakta yang sah-sah auta?? 
Tu belum lagi dikira dengan kata-kata kesat and mean words people tweet or post when they are mad or tak puas hati dengan sesuatu/seseorang. Cerita dalam kain rumah tangga masing-masing pun nak kena up kan kat status Facebook, apa cerita, kakak, abang?? Bawak berbincang suami isteri sudahlah kan? 
Dengan isu bashing kat Twitter (mostly by school students) tu tak cakap lagi. Sekarang semua nak popular cepat sampai lupa adab dan tingkah laku yang sepatutnya.
What had happened to us these days? 

Mana pergi pegangan agama kita kalau etika komunikasi pun kita tak boleh nak ikut guideline yang Allah SWT dah bagi, apatah lagi etika pergaulan, pemakanan, ibadah, etc.

Bukankah lebih baik kalau media socials tu all of us gunakan untuk menyebarkan petikan-petikan hadis, kata-kata motivational, berita-berita berasas mengenai any global issues, and also other educational information. Benda yang bagus tak semestinya disampaikan dengan cara yang membosankan. If we can sensationalize benda-benda negatif, for sure, we can be creative enough to manipulate benda-benda positif into something oh-so-awesomazing!!

Kerana Allah SWT dah berfirman dan ingatkan kita, "berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Wallahualam~

InsyaAllah~in future entries, saya akan discuss mengenai komunikasi yang disentuh dalam surah-surah lain dalam kitab suci alQuran. Mohon tunjuk ajar dan sokongan dari all bloggermoks and readers. 
Even if ada antara korengs yang non-Muslims, this can actually be something new and informational for korengs as well.

Oh ye, ini part of my "assignment" given by Tuan Haji Sumali masa saya pergi interview PTD last month. Hope Tuan Haji is reading and can give me some feedback and guidance. Thank you, Tuan Haji.

Salam menggemok. Toodles~

Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!


Comments

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE