30th: DAPUR SI ARNAB GEMOK SESI 1

Assalamualaikum

Salam Jumaat chuolz!!!

Hamagatz, I don't know about u guys, but for me, my favorite day of the week tentu-tentulah Jumaat (and Sabtu). Sudahlah Jumaat ni memang hari penuh barakah, lepas tu plak semua orang tahu kalau harini Jumaat, esoknya of course laa Sabtu, which is CUTI yaww!!!
Siapa tak suka cuti kannn~

Since esok is cuti, mesti ramai yang dah buat plan untuk buat macam-macam or pergi mana-mana yang awesome.
And, I believe, tak kurang jugak yang nak take this chance untuk stay at home and memasak for family and jugak untuk diri sendiri (especially for si bachelors and bachelorettes out there). 

So, for the first time since saya buat blog ni, saya nak share my own recipe. Ok, ok, NOT entirely my OWN. It's actually my mom's recipe but since resipi ni telah di"invented" kat dapur rumah kitorang, so saya take sedikit credit (bagi laa chan~) as this recipe is halfly-owned by yours truly over here. Mihiwhiw~ ^^,

Korengs pernah dengar tak pasal kek beras Korea (orang Korea panggil "Tteok") ?? 
Yes, Tteok memang sangat famous and dah dikira as makanan ruji or tradisi masyarakat Korea (terutama yang dimasak pedas). 
Omo~just thinking about it dah buat ayaq liuq meleleh yo. Tak percaya?? Tengok.


Sumber: heerajo.blogspot

Sebelum kita start masuk dapur and mula memasak Tteok ni, eloklah kiranya kita melalui proses ice-breaking (ewahh~) untuk kenal-kenal apa sebenarnya Tteok ni.
Basically, Tteok or kek beras diperbuat daripada beras pulut yang manis, which explains kenapa dia kenyal and liat-liat. Kat Korea, Tteok ni dianggap makanan yang sacred and penuh bermakna and mesti akan dihidangkan setiap kali Tahun Baru dan jugak weddings. 
Tteok ni boleh direbus, digoreng, di"stew", and jugak macam-macam style kita boleh masak. Kira freestyle laa ni. No limitations. Ada jugak orang yang masukkan inti kat dalam Tteok (biasanya inti kacang merah. Nyamnyam~).
Versatile sangat Tteok ni weyh.

For version masakan Tteok oleh Si Arnab Gemok and mom, ini bahan-bahan yang diperlukan:
(Note: cara ni simple sangat!! NO hassle at all and disebabkan kesenangan membuatnya ni lah yang saya decided to share dengan korengs semua)

1) Tteok
Tak payah susah-susah gentel buat sendiri. Sekarang boleh pergi mana-mana Aeon terdekat and grab one of this. Cari dekat bahagian frozen foods and tengok section "Korean Foods". Biasanya dia berdekatan section "Japanese Foods".



2) Bawang besar and bawang kecik



3) Udang 
Yang ni korengs boleh jugak guna ayam or daging or sotong a.k.a ikut preference masing-masing. Orang kata, kalau nak manis, gunalah daging sebagai rencah. Tapi since saya pakai braces, my mom has been really kind and memahami so disitulah munculnya penggunaan udang. =)



4) Cendawan Tuscan (brown)
Haa, yang cendawan ni pun korengs boleh letak ikut kegemaran masing-masing. Tak semestinya cendawan jenis yang sama and kalau korengs jenis tak suka cendawan (ada ke orang yang tak suka cendawan tapi??), boleh je skip this ingredient.



5) Baby tomatoes (tomato biasa pun boleh)



6) Sebiji telur



7) Sos tiram



8) Cili yang telah dimesin



9) And, most importantly, garam yo!



Bila semua bahan dah ada, bolehlah kita jump in to cara-cara memasaknya. Jom!!

1) As usual, panaskan frying pan to cooking temperature yang sesuai. Untuk memasak Tteok, kita tak boleh masak pada suhu terlalu tinggi sebab Tteok ni mudah benyek kalau overcook. Unless memang korengs suka makan dia lembut-lembut, bolehlah korengs setkan temperature yang tinggi or memasak for longer duration.

2) Bila pan dah panas, bolehlah kita tumiskan bawang-bawang tu semua and also masukkan sekali cili yang telah dimesin tadi.

3) Agak-agak dah naik bau wangi, put in sos tiram. 

4) Bila nampak kuah (at this stage, memang dah berkuah dalam pan. Ini hasil dari percampuran cili mesin and sos tiram. Korengs boleh adjust sendiri nak berkuah banyak or sket, ikut amount of cili mesin and sos tiram yang digunakan) dah mula mendidih (macam ada buih kecik-kecik meletup-letup), masukkan udang.

5) Once udang dah almost cooked, masukkan Tteok and cendawan. Then, pecahkan telur. Oh, and also dah bolehlah letakkan garam secukup rasa. For this stage, menggaul dan menggaul sehingga semua Tteok di cover dengan kuah is very crucial. Sebab kita nak rasa dia blend evenly.

6) Lastly, jangan lupa the baby tomatoes. Oh ye, baby tomatoes tu jangan lupa potong dua kays. Sebab kalau masukkan sebijik-sebijik, nanti masa makan susah nak gigit.

7) InsyaAllah, hasil yang korengs akan dapat will look somewhat like the one I got here.



Kalau korengs jenis peminat K-Drama, K-Pop, or anything Korean related, korengs mesti dah pernah makan Tteok kan?? So why not, next time, try my (again, take credit for my mom's recipe. Ekekekek~) recipe of cooking Tteok. Senang je kan??
And for those yang belum pernah cuba rasa Tteok before ni, come on, guys, It's about time korengs mencuba ok!! 
Maybe korengs jenis tak masuk dengan K-Drama, K-Pop bagai ni semua, tapi mana tahu korengs boleh jadi peminat Korean foods instead. 

Bagi saya, one of the best moments in life is when kita try new kinds of foods or even trying new styles in cooking something that we always eat. U guys will be amazed on the outcomes. Percayalah~

Apa pun, good luck and insyaAllah there'll be more Dapur Si Arnab Gemok sessions di masa akan datang. Yeayyy!!! ^^

Salam menggemok. Toodles~

Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!


Comments

  1. ok.nextime ak serbu rumah ko tuk tteok ni!
    ak demand ko buat tuk ak!!!
    kecur air liur ok~btw happy egg?sgt unique!

    ReplyDelete
    Replies
    1. no prob noks!!!
      boleh masak sama-sama. lebih afdal.
      ekekekekek~
      happy egg produces happy people. eh?? ^^,

      Delete
  2. nyum nyum nampak sedapp nau Tteok ni syaz...
    nak cuba ler... ;)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. hamboiii~
      terkezut maks tengok avatar tu macam kenal,
      rupanya hana tajimol komen entry blog kita~
      seksaitedsssss XD

      Delete
  4. nk tye..tteok yg beli kt aeon tu mmg halal eh?..n brapa hrga? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halal tapi kena tengok btol2 yang ada dapat halal certificate from Korean Halal Food Federations or Halal JAKIM pun ada if yang buatan Malaysia. Harga dia i dont quite remember tapi it's not that expensive. Try it dear. =)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

57th: EVERYWHERE BUT HERE