Posts

Showing posts from April, 2014

39th: CORET KURSUS KADET PTD (1)

Image
Assalamualaikum
Pejam celik pejam celik, sebulan sudah berlalu sejak kali pertama saya menjejakkan kaki sambil mengangkut bagasi masuk ke perkarangan Intan Wilayah Tengah (atau lebih mesra dan dekat di hati para kadet sebagai Intengah, rumah kedua kami buat 14 bulan yang mendatang). Macam tak percaya baru sebulan. Rasa macam dah setahun. Ahahahahh kidding kidding~
Tapi memang betul. Susah nak percaya saya dah berjaya mengharungi sebulan yang penuh pancaroba di Intengah. Dengan tidur malam yang tak pernah cukup (paling handal pun dapat tidur 4 jam sehari. Tu pun kalau bernasib baik laa. Biasanya nasib selalu kurang baik~), PT (physical training) yang serba hebat setiap petang DAN pagi, tugasan yang datang tanpa henti dengan soalan-soalan yang bukan calang-calang, masa makan yang pendek dan cabaran paaaaaaling utama, baju kotor yang balik-balik asik menimbun. Hohoho~
Apapun, alhamdulillah. Kehidupan fasa baru, di tempat baru, dengan jadual waktu baru, bersama-sama kenalan baru, telah habis…