28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

Assalamualaikum

Helloooooooooooooooooooooooooooooooooooooo semua!!!
I know, I know. It's been a while~harap korengs semua masih belum lagi melupakan kewujudan Si Arnab Gemok di sini. 
Maafkan saya di atas ketiadaan entri baru sepanjang saya berhibernasi (adalah dalam hampir sebulan jugak. Ya Allah~lamanya. Maaf, maaf *tunduk laju-laju*)

Sebenarnya saya bukan berniat untuk mendiamkan diri mahupun bermalas-malasan mengabaikan blog saya ni. Saya sayang okay blog saya ni, apatah lagi para pembacanya (gittewww~). 
Walaupun kadang-kala terpaksa (Read: TERpaksa) hiatus selama beberapa ketika tapi itu tak bermakna saya cuba melarikan diri dari tanggungjawab. Ewah~tanggungjawab katanya!!

Buat pengetahuan umum (formal tak?? Kita ambil mood tajuk entri ni dari awal-awal kays), sekitar seminggu ke dua minggu yang lepas, saya banyak (banyak ke????) menghabiskan masa saya dengan menelaah dan menambah ilmu pengetahuan dari segi kenegaraan dan isu-isu semasa negara dan juga global. Waah, intelektual sungguh bunyinya.
Ya betul tu, saya agak sibuk ber"study" serba sedikit, itu ini, sebab telah mendapat panggilan untuk pergi menghadiri interview SPA bagi jawatan gred M41 (dalam perkataan mudah, interview untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik [PTD]).

Sumber: myprettypinkpearl.blogspot.com

So entri kali ni, dengan sukacitanya saya nak berkongsi pengalaman saya dengan korengs semua (mungkin boleh dijadikan pedoman. Silap saya, jangan diikut. Dan sesetengah darinya mungkin boleh dijadikan bahan hiburan gelak tawa. I was so funny siang tadi hokay!). Moh le kita~

Interview saya settle sudah pagi tadi. Alhamdulillah berkat doa semua, segalanya berjalan lancar. Kiranya, mampulah saya menghadapi temuduga tu dengan senyuman lekat di muka sepanjang berada di tempat kejadian (my number one weakness: Provocation. Sekali cucuk, terus meletup. So, agak berbahaya disitu).
Berbanyak-banyak syukur saya telah dipertemukan dengan panel penemuduga yang saaaaaaaaaaangat baik hati dan mesra (ini BUKAN bernada sinikal), Tuan Haji Sumali bin Amat dan Tuan Latif). 
Sebenarnya, dari awal lagi saya telah dipermudahkan oleh Allah dengan menemukan saya dengan orang yang baik-baik dan bersopan-santun semuanya. 
Masa first sampai, time saya tercari-cari manalah lif ke, tangga ke, yang nak digunakan untuk masuk ke bangunan temuduga tu, terserempak dengan sorang lagi candidate yang kebetulan on the way nak naik lif. So dia ajak saya gerak sama-sama. Ini orang baik nombor satu.
Sampai kat depan lif, kena register. Sebab only authorized people je boleh naik lif. Somehow lif bangunan tu only operates kalau di "swipe" kan dengan kad staff. Saya telah di "assist" dengan penuh budi pekerti oleh pak cik Guard bangunan. Saya bukan nak stereotyping tapi sudah selalu sangat saya terpaksa deal dengan pak cik-pak cik Guard yang kerek and suka guna perkataan kasar-kasar. Pak cik Guard bangunan temuduga ini TIDAK begitu. Ini orang baik nombor dua.

My interview took place kat tingkat 15. Once saya keluar je dari lif, nampak signage SPA and "welcome" mat untuk calon-calon seperti saya. Kaedahnya nak bagi kami rasa dialu-alukan gitu. The atmosphere memang just nice. Tak panas sangat, tak sejuk sangat. Ini keadaan yang baik.
Para pegawai yang menyambut kedatangan saya pula takyah cakaplah. Semuanya baik belaka. Daripada guide saya untuk re-arrange sijil-sijil mengikut urutan, memberi briefing mengenai panel penemuduga and keadaan untuk keluar masuk bilik temuduga, menerangkan jawatan-jawatan yang sesuai untuk saya pilih mengikut majoring Degree saya, siap duduk berborak, pinjam and baca newspaper saya, discuss isu-isu semasa before saya masuk bilik temuduga, sampailah masa saya dah keluar dari bilik temuduga, pegawai sempat berpesan supaya saya jangan lupa untuk check result akhir bulan Disember nanti. Terima kasih, Tuan Haji Mohd Desa. Ini orang baik nombor tiga.

Bila hati dah sejuk dari awal, jadi susahlah dia nak naik mendidih tiba-tiba. Get it?? 

Tips nombor satu: Pada hari temuduga, pastikan hati and mood kita sejuuuuuuuuuuuuuuuuuk je since awal pagi. Kalau sempat, lepas solat Subuh, bacalah surah Yaasin.

Since saya ni candidate nombor tujuh, jadi masa menunggu tu lama. Sempatlah saya berborak dengan candidates lain. Korengs tahu tak ini satu kelebihan?? Especially bila rezeki kita dapat plak berborak dengan candidates yang ceria and tak kedekut share information. Ini orang baik nombor empat. Ambil kesempatan ni untuk bertukar-tukar maklumat.

Tips nombor dua: Jangan only keep to yourself masa kat tempat temuduga. Try being friendly with other candidates. Siapa tahu kut-kut depa ada maklumat yang korengs perlukan. 

Haa apa lagi, dah puas berborak luar bilik temuduga, kita masuklah laa plak kan. Takkan nak menunggu je sampai ke sudah. Ye idok?? Ekekekek~

So here comes the real thing. After all the persiapan that we have prepared, inilah masanya kita nak tonjolkan kelebihan yang kita ada.

Just so korengs know, saya ambil masa 3 ke 4 hari untuk faham and hafal Sejarah PTD, 8 Bidang Tugas PTD, Background Kementerian yang saya nak pilih (Kementerian Komunikasi dan Multimedia), Nama KSN, KPPA, Pengerusi SPA, Perbezaan SPA dengan JPA, apa itu NBOS, UTC, RTC, NKRA, NKEA, Greater KL, Gagasan 1 Malaysia, GTP, ETP, konsep percukaian terbaru, GST, siap gigih cari makna setiap satu Rukun Negara, asal-usul Parti Komunis Malaya, apa yang depa perjuangkan, Negeri-negeri Selat, Melayu Bersekutu, Melayu Tidak Bersekutu, Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen Negara, and of course, pagi-pagi buta keluar beli newspaper untuk tahu pasal pembentangan Ketua Audit Negara and jugak isi-isi penting hasil lawatan PM kita selama 8 hari ke Amerika.

But, guess what?? 
NONE of the above telah ditanyakan pada saya. NONE. TIADA. NAN HADO.

I was shocked. Serious tak sangka sangat dengan soalan-soalan yang dibagi kepada saya. SANGAT mencabar. Mencabar to the max!!!

Firstly, my interview telah berlangsung dengan 90% in English (no broken English. Saya je yang menggunakan English compang-camping. Panel penemuduga speaked berhabuk-ly kays!). Selama ni saya telah dipesan oleh otai-otai yang soalan pertama memang in English, whereby penemuduga akan suruh kita briefly describe ourself. After that, terus kepada soalan-soalan ruji macam pasal benda-benda kat atas yang saya dah study tu semua, in bahasa Malaysia. Tapi nampaknya rezeki (always look on the bright side) saya, approach panel penemuduga saya dalam "mengasah" bakat saya is totally different from what I have ever heard before.

Saya spent almost half an hour dalam bilik temuduga. And during that time, my communication skills were put to test. Since saya ni berbekalkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Komunikasi (majoring Perhubungan Awam), panel penemuduga kept on pushing me to my limit on how to utilize skills yang saya ada dalam menyelesaikan masalah-masalah kerajaan. And yes, the whole time it was in ENGLISH!! Bopoloh-poloh eden menjawab yo.

Tips nombor tiga: Jangan takut untuk bercakap dalam bahasa Inggeris. Biar salah. Nobody's perfect. Kita orang Malaysia kut. Apa nak malu kalau silap satu, dua dalam bahasa asing. Yang penting, put your game face on! 

Cakap pasal buat salah masa bercakap bahasa Inggeris, I made a real fool out of myself masa saya cakap satu ayat ni. Saya sebenarnya nak cakap yang "kerajaan tak boleh tutup sebelah mata dengan mengabaikan traditional media" tapi saya tak jumpa perkataan untuk "tutup sebelah mata" tu dalam English. Susah nak berfikir secara spontan. Kadang-kadang jadi blur sampai terkeluar "government cannot close one eye on traditional media". Woii, kena gelak besar okay. Memanglah rasa macam muka Mr.Bean masa tu. Tapi apa lagi nak buat, saya memang takde idea nak ganti perkataan tu. Saya cuma mintak maaf and carry on dengan hujah saya. 

Tips nombor empat: Tebalkan muka. But ingatlah limitnya kays.

Masa perah otak untuk soalan cara menangani hackers yang hacked website kerajaan tu paling susah rasanya. Sebab I was being asked to come up with a solution yang tak melibatkan pengeluaran budget (idea saya untuk menubuhkan suatu Suruhanjaya atau Jabatan untuk monitor internet telah ditolak) dan jugak lebih kepada prevention instead of curing (idea saya untuk mengetatkan undang-undang juga ditolak). Setelah saya minta masa untuk berfikir sekejap (buat laa muka kesian~), I managed to come up with the idea of educating the youngsters and also rakyat Malaysia as a whole on the consequences kalau depa salah guna internet. Rasanya itulah idea saya yang akhirnya managed to membuatkan panel penemuduga berpuas hati.

Tips nombor lima: Merendah diri. Bila semua hujah kita dibantah, janganlah nak marah. Try to be positive and terima kesilapan kita. Cuba mintak peluang untuk mengemukakan idea lain. Ada rezeki, kita dapat peluang bagi lagi 2, 3 idea yang mungkin menonjolkan kebolehan kita berfikir secara kreatif dalam masa yang singkat. Ini kelebihan okay!

And another big challenge yang saya kena was masa ketua panel, Tuan Haji Sumali, semak keputusan SPM and saw that I got A1 untuk Pendidikan Islam. Immediately he said, "Waah, ni agama bagus ni dapat satu. Bolehlah tanya pasal hukum-hakam agama." Saya jawablah, "InsyaAllah boleh, Tuan Haji." Yelah, takkan saya nak kata tak boleh. Dah namanya pun saya ni memang penganut agama Islam. Cuma saya kata, saya ni tidaklah sehebat mana. Pernah plak amik kursus-kursus khas berkaitan agama, apatah lagi majoring ilmu agama kat Universiti. Memang taklah cerita dia.

Tips nombor enam: Apa jugak cabaran yang diberi, kita harus yakin and cakap yang kita sanggup, kita boleh. Apa pun, kita mesti cuba. Salah tak apa. Itu proses belajar. Saya banyak jugak kesilapan masa temuduga ni. Tapi saya amik tu semua sebagai pengalaman and pengajaran untuk saya sedar masih banyak yang saya perlu belajar.

So berbalik kepada challenge berkaitan agama tu, Tuan Haji berpesan supaya bab-bab agama ni kita tak boleh main tibai sebab ia mengenai hukum yang Allah turunkan. Saya angguk-angguk, tandanya "Ye, Tuan Haji. Saya akan berhati-hati masa bagi jawapan".
Soalan yang ditanya lebih kurang macam ni, "Sila bagi saya contoh ayat dalam al-Quran yang menerangkan mengenai komunikasi." 
Oh, of courselah. Sudah tentu. Komunikasi lagi. Mana boleh lari. Sepanjang hari memang saya diasak tentang isu komunikasi. I should have seen this coming.
BUT, how can I see this one (soalan yang kena nyatakan ayat al-Quran yang berkaitan dengan komunikasi) coming!!!! Siapa expect soalan macam ni untuk interview jawatan PTD??? 
Well, memang salah saya jugak sebab tak mendalami makna kitab suci agama saya sendiri. But seriously, saya tak pernah terjangka saya akan dapat soalan semacam ni sekali. 

Tips nombor tujuh: Expect the unexpected. 

Memang at last saya dapat apa jawapannya tapi itupun setelah Tuan Haji yang dok bagi separuh and terangkan secara detailed kepada saya. Sampai dah rasa macam terbalik plak. Kesian Tuan Haji kena berhujah kat saya, padahal patutnya otherwise. Adoi laa~segan weyh. Korengs apa tahu. Ekekekekek~

Kalau ditanya secara keseluruhan, dari interview ni, apa yang paling terkesan in my heart and my mind, I would have to say, pesanan Tuan Haji Sumali kepada saya mengenai kepentingan mengaitkan ilmu keduniaan yang kita ada dengan ilmu agama/akhirat. Because in the end, we realize al-Quran lah ibu segala ilmu pengetahuan. Tak kisahlah hang dok amik Engineering kaa, Medic kaa, Mass Communication kaa, apa kaa, semua, habaq mai sekali lagi, SEMUA menda tu ada disebut dalam al-Quran. 

Tips nombor lapan: Setinggi mana pun pointer kita masa grad Diploma/Degree/Master/PhD, ilmu agama jangan lupa. =)

Thanks, Tuan Haji. Saya akan ingat pesanan Tuan Haji sampai bila-bila.
Thanks jugak kepada Tuan Latif. 
Tuan Haji and Tuan Latif dua-dua banyak bersabar dengan jawapan-jawapan kartun yang saya kemukakan. Ini orang baik nombor lima.

Tuan Haji tak lepaskan saya macam tu je sebab dia tahu kut saya ni banyak main-main. Sebelum interview session saya tamat, Tuan Haji bagi saya satu tugas untuk mengaitkan bidang komunikasi dengan kandungan al-Quran. Tajuk kajian tu is something like this, "al-Quran dan Komunikasi". Tuan Haji suruh saya kaji and buat entri pasal ni and share on Facebook. 
InsyaAllah akan saya usahakan. Saya rancang untuk buat bit by bit and share secara beransur-ansur on my blog. Yes, this blog yo!! Excited kan rasa nak tunggu my progress??
Since ini melibatkan agama, so banyak yang saya kena buat research on. Mana boleh main taram je kan. Lain plak jadinya nanti.

So nak mintak tolong laa kat korengs sket. If ada antara korengs yang pakar or mahir dalam bidang tafsir al-Quran or communications, please do help. Ini satu usaha yang harus kita sama-sama sokong. Boleh kita share ilmu dunia and akhirat at the same time. Anything, just comment below or contact saya direct at my email, chachozzy@gmail.com ^^,
Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan!!!

Begitulah lebih kurang pengalaman saya pergi interview under SPA buat pertama kalinya. Feel dia memang sangat mengujakan. Nervous, excited, tak tentu ke hala, semua pun ada.
Bila dah lepas, perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terus balik rumah, hadap tv. Mihmih~

Sumber: jollyjansen.blogspot.com

Hope entri kali ni dapat membantu korengs yang bakal pergi interview yang sama untuk next phase. Sorry, there was not much yang dapat saya share sebab bentuk soalan-soalan yang saya dapat agak unik and sangat spesifik menjurus ke arah majoring Degree saya. Tapi apa pun, harap-harap tips yang saya dah senaraikan tu bolehlah tolong korengs sket-sket.

Good luck untuk semua calon-calon interview SPA kali ni. InsyaAllah kita sama-sama akan dapat yang terbaik.
And good luck jugak untuk adik-adik Tingkatan 3 yang sedang memerah otak menghadap PMR.
All the best yo!!!

Salam menggemok. Toodles~

Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!


LIKE WHAT YOU SEE? THEN FOLLOW MY BLOG !





Comments

  1. tips yg berguna =) bagus betol ye Tuan Haji Sumali tu..so cmne result?? kena tggu surat la eh?? sy xpnh sekali diitvw spa..cuak jugalh..pun bnyak kena gelak he3..tp yg terbaru..utk ujian ke-2 sy xpergi..hm rsa rugi plak..xprgi pn ats sbb tertntu..bab tafsir tu sy xbrapa mahir..mgkin awak boleh try google @ tgok sndri tafsir al-Qur'an..nway good luck =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Result interview dapat tahu akhir tahun nanti.
      Kenapa tak pergi?? Bukan senang nak dapat panggilan SPA. Next time, mesti pergi kays!! =)
      Anyway, thanks yo!! ^^

      Delete
  2. Waa...ketaaq lutut dgn soalan-soalan tersebut~
    kalau ak,failed terus lalala~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku jadik extra, super duper alert masa interview.
      Tak pernah mata aku sebesar tu kut.
      Mwahahahahass

      Delete
  3. Unexpected sungguh soalan dia..Seriously kalau aku ada kat tempat kau mau menangis weh.. huhu.. Anyway best of luck shaz! nanti kalau dapat info pasal Al-quran dan komunikasi tuh share ye.. aku pun tertarik jugak.Hee! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah~
      Sedang aku usahakan kajian ayat-ayat al-Quran ni haa.
      Kalau kau ada apa-apa nak share, do tell kays. Thanks. ^^,

      Delete
  4. thanks syaz utk info ni..sgt berguna..sy juga bakal di interview oleh Tn Hj Sumali jumaat ni..berdebar2 nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. you are welcome ^^
      hope your interview went well.
      lets pray for the best kays!!
      =)

      Delete
    2. my interview is like duhhhhh..
      haha.. maybe not well prepared..
      hope i'll get it..

      Delete
    3. it's ok.
      yang penting u did your very best on that day.
      the rest, let faith determines its way~

      Delete
  5. thanks for the info... awk interview kat mana? caman nak tahu siapa interview kita ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i interview at Bangunan Jaya 99 at melaka.
      dekat surat tawaran memang ada state who's our ketua panel.

      Delete
  6. thanks for the info... awk interview kat mana? caman nak tahu siapa interview kita ya?

    ReplyDelete
  7. thanks a lot...sy pulak yg akan hadap muka2 panel iv PTD 12hb ni...wah takutnya.....

    ReplyDelete
  8. thanks alot...turn sy pulak 12hb ni

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum, ketua panel tuan haji sumali?..regarding penceritaan di atas, seems like dia sangat nice kan..sebab dapat panggilan interview untuk jawatan pegawai sains dis coming januari..dia ketua panel..any tips?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam~
      he is a really nice and warm guy. he won't put pressure on us even though kita nampak struggling masa nak jawab.
      all u need to do is try your best to answer. he seems to appreciate that kinda effort.
      good luck yup!! doa banyak2. jangan risau2. ^^,

      Delete
  10. Assalam,,, sy pon hr tu kene interview dengan Tn Hj Sumali Amat,,,before pergi interview ade google pasal Tuan Haji ni,,,then found out ur blog...yes as expected, memang die ade tanye pasal surah al-quran. Die tanye surah ape yang menerangkan menjadi seorang pekerja yang baik...hehe mase die tanye tu hanya mampu tersenyum sbb terus teringat kat ur blog. Thanks for sharing this info dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam~
      I think that is his favorite style of question.
      Anyway, congrats kays!! ^^,

      Delete
  11. so ape result nye?? dapat x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa~
      Ni kes tak baca entri-entri lain laa ni. =P

      Delete
  12. tq sis for your sharing. nice entry

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts