UCAPENDEK SI ARNAB GEMOK 210518

Assalamualaikum

Dah masuk 5 hari dah kita berpuasa bagi Ramadan 1439H. Alhamdulillah kita masih diberi Tuhan kesempatan usia yang panjang untuk merasai nikmat bulan penuh keberkatan ini.

Semoga tahun depan kita akan dikurniakan rezeki untuk bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini.

Kadang-kadang rasa sedih bila semakin meningkat usia, busy dengan kerja dan jadual kehidupan seharian yang padat, rasa excited nak menyambut bulan Ramadan tu macam dah makin hilang.

I don't know if it's just me or semua orang pun macam ni jugak tapi lately, ada laa terdetik "Kenapa aku dah tak teruja macam dulu-dulu bila nak puasa and raya eyk? Adakah faktor usiaku yang semakin menginjak dewasa (Read: tua) ??"

Korang yang sama rasa macam ni, ada terfikir tak kenapa kita jadik macam ni?

Nak kata aura Ramadan dan Syawal tu dah tenggelam, rasanya tak.

Sebab belum puasa lagi, iklan baju raya, kuih raya, langsir raya dan segala bagai raya dah mula diwar-warkan sana-sini.

Kelmarin pergi Sogo and Pavilion, lagu raya dah rancak berkumandang.

So I guess, bukan salah suasana sekeliling yang menghilangkan mood Ramadan dan Syawal.

Tapi it's time for us (Read: me a.k.a diri sendiri) to muhasabah kenapa perasaan tu semakin pudar.

Astaghfirullah Ya Allah~

Jom gaiz, kita sama-sama cari semula keindahan bulan Ramadan dan Syawal.

It is there. It is never gone. Only us that got lost along the way.

Semoga Ramadan kali ini, kita akan dipertemukan dengan seribu satu kenikmatan bulan yang penuh rahmat ini dan semoga juga Malam Lailatulqadar milik kita semua. InsyaAllah~

HAPPY RAMADAN EVERYONE!!!

Sumber: www.videohive.net

Salam menggemok. Toodles~

Assalamualaikum and Have a great day!!!


Comments

Popular posts from this blog

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)

21st: APA YANG LELAKI FIKIR TENTANG PEREMPUAN?

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)