Skip to main content

26th: AWESOME STUFFS FROM O.B.I.B.

Assalamualaikum

Rasa macam masih terdengar-dengar lagi takbir raya tapi tup-tup, dah 1 Zulkaedah. Cepat betul masa bergerak sekarang ni. Nak pejam celik pun macam tak sempat (over tak??).


Jadi ni saya nak tanya laa sket, duit raya yang korengs kumpul bulan lepas, dah habis kering terus ke?? Kalau masih ada lagi, ni nak suggest satu awesome way macam mana korengs patut kasik perabeh kan (ok, jangan lupa, simpan sket kat bank untuk menyemarakkan amalan menabung kays) baki duit raya korengs tu.


Here I am, mendedikasikan entri kali ni untuk bagi full, melimpah-ruah overview dan review products O.B.I.B. hasil pembelian saya dan sepupu-sepapat saya. Sebenarnya dah lama saya nak buat review ni sebab kitorang dah dapat products yang kitorang order masa bulan puasa haritu lagi. Tapi disebabkan macam-macam adegan berlaku along the way, terpaksa hold dulu niat murni saya ni sehinggalah harini. 


These are the items yang kitorang order, and were craftily and skillfully made by Eruz from Once Beskot In Boredom (O.B.I.B.). Banzai!!!!!!!! *angkat dua-dua tangan penuh semangat*


Customized clutches:


Item 1:



Description: Inner lining belang-belang warna purple (cotton) dan juga zipper of the same color

Description: Metal ring on the side untuk letak any keychain or teddybear or things like that *two thumbs up for this*


Description: Bahagian belakang dengan corak full Runningman members (Song Joong Ki pun ada!! Yeayyy!!! ^^ ) beserta signature label O.B.I.B.


Description: Bahagian depan dengan portrait Taylor Swift (awesome red lippy), "A Dreamer" wording, and nama si empunya clutch ni

Item 2: 


Description: Inner lining yang ni plak warna merah belang-belang (cotton) dengan zipper yang turut berwarna merah makngah


Description: Bahagian depan bercorak Hello Kitty and nama si empunya sebesar-besar alam (membawa maksud "Amaran: Jangan berani nak curi ye")


Description: Bahagian belakang berderet cupcakes bermata bulat 4 bijik beserta signature label O.B.I.B.

Customized phone casings:


Item 3 dan 4:



Description: Bahagian belakang - "Cats" untuk Samsung Galaxy W and "Bunnies" untuk iPhone 5. Ooh, dan juga perincian button ketap untuk make sure phone tak tergelongsor keluar yo! ^^ 


Description: Bahagian depan - Kucing bergolek untuk Samsung Galaxy W and Arnab menjengah untuk iPhone 5 (for iPhone's casing, siap ada perincian poket kecil. Boleh letak earphone, kunci kereta or coins. Brilliant design eh?? ^^)


Description: Paling awesome bila inner lining pakai kain velvet a.k.a baldu. Daebak!!! =)

Customized Si Arnab Gemok totebag:


Item 5:



Descriptions: Bahagian depan dengan design big, fat bunny beserta full address blog ni (promo berjalan. Strategi katanya~).
2 tali bahu.
Button ketap untuk security.
Kat dalam ada a few small pockets untuk letak phone, lip gloss, etc.


So that korengs boleh agak berapa besar totebag ni. Yup, boleh buat isi buku and laptop. Multi functional and worth every cent spent for it!!

Description: The special signature label of O.B.I.B.

What more to say. Korengs sendiri boleh tengok how cool these items are, right??

Kualiti memang top of the world. Materials yang digunakan semuanya high quality. Jahitan halus dan kemas. Paling penting, takde meretas (is it too traditional perkataan ni?? Sorrylah, saya tak tahu perkataan lain untuk gantikan. "Meretas" ni bukannya macam telur menetas tu tapi maksudnya, jahitan kuat and tiada tanda-tanda akan terputus or tercabut benangnya) and very durable. 
Saya dah guna totebag ni several times untuk isi baju-baju masa balik kampung beraya bulan lepas. For the phone casing, memang guna every day. 
And boleh saya katakan dengan berani, seberani-beraninya, disini ada bukan seorang tapi, EMPAT (saya dan 3 orang cousins saya) orang happy customers hokays!!

Definitely will order more items from O.B.I.B.!!!


So korengs, wait no more. Get your own customize clutches, pouches, phone casings, totebags, cushions, etc!!! 


Cepat pergi serbuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~

Once Beskot In Boredom

Salam menggemoks. Toodles~


Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!



Comments

  1. uwaa.sangat sangat lega dan gumbira yang anda berempat sukakan products OBIB-ku~
    weee...terimekaseh yg xterhingga sudi membeli hasil nukilan ku siap ade review lagi! emmuahhhh la tuk korengs dan emmmuahmox till infinity lah tuk bff ak yg sorg ni!cayalah!!!
    to all moks sekalian, do visit my OBIB (http://oncebeskotinboredom.blogspot.com/)for lotsa lotsa photos of my products. hihi. suke! bahagie!

    P/s: FB di-deactivated for a while. apologize for any inconveniences.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no biggie buddy~
      good things are meant to be shared!! ^^

      Delete
  2. Replies
    1. kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn~
      don't forget to order yours babe!!
      ^^,

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)

Assalamualaikum
Diam tak diam, it's been more than a year ever since I last updated my blog. Yes, you read it right. More than a YEAR (jadah, blogger apa update blog setahun sekali. Choiii~).
So many things have happened to me during 2015 until now. And I don't think there'll be any single post which is long enough to cater everything that I direly wanted to tell you guys. Seriously, if I can, I would loooooove to write a heck of a long post that'll make you guys wanna curse me, yet at the same time, wanna read it alllllll the way till the end (confident tu penting yaww~).
My writing style might have changed due to my current lifestyle (chewahh~cakap nak dramatik je kan). Actually what I'm tryna say is that, I no longer have the time (READ: sebenarnya malas. Lalala~) to sekejap italic, sekejap un-italic kan my font based on the language that I use. Therefore, pandai-pandai laa korang classify kan bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris ke bahasa Sanskrit ke yang saya g…

21st: APA YANG LELAKI FIKIR TENTANG PEREMPUAN?

Assalamualaikum

Nak Kad Raya Special dari Si Arnab Gemok?? Klik sini --->Kad Raya Istimewa Si Arnab Gemok
Nak Hadiah Misteri yang Special?? Klik sini --->GA By Si Arnab Gemok

Rasa macam serius plak topik entri kali ni. 
Sebenarnya saya bukan suka sangat cakap pasal perbezaan. Tak kisah laa perbezaan antara pangkat ke harta ke darjat (antara dua darjat??) ke bangsa ke agama ke, and in this case, gender. Sebab bagi saya, kita semua homo sapiens (and some of us homosexual. What to do~ *angkat bahu*) and basically kita semua sama sahaja. Takde apa yang buat kita lebih istimewa, melainkan hanya dari view Tuhan je yang Maha Mengetahui taraf atau standard sebenar kita. 

Maksud saya, hanya Allah yang layak menghakimi kita semua.
Jadi mengapa masih wujud sesetengah golongan yang suka double standard, pilih bulu, dan juga rasa superior/memandang rendah kat others?? Dah bagus sangat ke mereka yang "pandai" menghakimi ni (mohon para Hakim jangan terasa) ??


Sumber: sodahead.com
Apa yang…

4th: BUKAN UNTUK PEREMPUAN SAHAJA

Assalamualaikum

Apa habaq semua?? Sihat?? 
So entri kali ni, saya nak bercerita pasal a few products yang maybe akan menarik minat lebih ramai female readers instead of male readers. Tapi ni ceq nak habaq satu rahsia laa kan. Produk kecantikan laa ni, bukan untuk perempuan saja naa. Lelaki pun patut pay attention dekat penjagaan kulit depa. Sebab produk kecantikan bukannya all about make up je. Pencuci muka, toner, moisturizer, sun block, dan bagai-bagai lagi, tu semua penting nak bagi kulit kita terjaga di zaman-zaman banyak pencemaran sekarang ni. Jadi jangan laa rasa rugi untuk keluarkan sedikit belanja every month untuk beli serba sedikit produk penjagaan kulit muka chuolz. 

Kalau tak larat (bukan dari segi kudrat tapi dari segi ekonomi. Ceq paham~ceq paham. Ceq pun sama), takyah laa kita nak p usha-usha counter Shisheido, Lancome, apatah lagi SKII. Laa ni baaaaaaaaaaanyak dah produk berkualiti yang dikeluarkan dengan harga mampu milik. So, fret not my friends, meh saya tunjuk apa …