Skip to main content

25th: TRIP TO FIR AND NANAD'S WEDDING

Assalamualaikum

Malam tadi saya ada janji kan nak cerita banyak kat korengs semua?? Haa, betul. Memang saya banyak berhutang story dengan korengs semua. Almaklum laa lebih kurang 2 minggu kut blog saya tak di"up"kan entri baru. Hope korengs still stick around and wait for saya yang tak seberapa ni untuk meng"upload" entri-entri di hari-hari mendatang. Tanpa korengs, siapalah Si Arnab Gemok and apalah ertinya kewujudan blog ini tanpa pembacaan korengs semua. Kannn~


So last week I was out of town sebab saya pergi Shah Alam cum Kuala Lumpur untuk attend wedding one of my bffs, Fir. He was one of my classmates masa kat UiTM Shah Alam (batch July 2009 - Dec 2012). It happened to be that saya pun a friend of his then fiancee, now wifey, Nanad. Kira senang cerita, saya kawan kepada both pengantin laa. ^^,


Since it was a 5 days trip, jadi macam-macam laa tempat saya and my friends pergi (mostly, tempat makan laa. Ohhoi~). Big thanks to Ruby sebab bagi saya crashed her place for 4 nights. Hospitality, as usual, 7 stars. Letop!!!


Few quick peeks on apa yang telah saya lakukan sepanjang berjalan-jalan penuh girang bersama-sama rakan-rakan tersayang. Ewahh~sayang members katanya.








Nilah tuan rumah yang baik hati yang telah menyediakan accommodation yang awesomepowesome untuk saya sepanjang my stay during my trip, Ruby Wan Kenobi (obviously this is NOT her real name). Ekekekekk~much lovesss <3<3<3

Below is my pic with muka super excited tunggu makanan sampai.




Ralat: Ketiadaan pics semasa acara menonton The Conjuring, berebut meja kat Ikea (semua meatballs punya pasal) and karaoke session at Red Box. Ahahahahh XD


Lets dig in beberapa pics dari kejadian wedding itu pula ye.






Ruby smiling all the way in her fairy green (ada ke scheme color nama camni?? Takpe, biar saya yang cipta) maxi dress and gold clutch with big bow detailing.



Mak buyung a.k.a Noya, glows in her bright pink kurung moden and of course, iPhone 5 letop beliau!!


Descriptions (of my outfit) : Mustard Maxi Dress with Pink Ribbon Detailing from Glam Rose Boutique
Black Shawl with Red and Green Embroidery Detailing (hidden at the back) from Dubai
Chain Bangles in Gold and Pink from Jujumilky (don't forget to check out their Instagram's account kays!) ^^

Saya dan partner in crime saya. Crime apakah?? Crime dibawah inilah~
Me and Tiko as the emcees for the wedding reception. 



It was my first time as a wedding reception's emcee so saya tak tahulah nak kata it was good ke apa. Tiada benchmark dari performance sebelum-sebelum sebab memang tak pernah ada pengalaman langsung. But all of my friends said I did well and alhamdulillah, yang paling penting, parents pengantin perempuan a.k.a parents Nanad a.k.a tuan rumah, cakap "Suara emcees sedap. Boleh booking untuk next majlis." Awesome, uncle, aunty!!! Thanks for all of the supports untuk budak baru belajar macam saya ini. Sayangsayangsayang korengs semua!!! <3<3<3

Thanks to Fir and Nanad sebab bagi saya opportunity to do something new and dapatlah rasa jadi watak selain watak picisan. Ahahahahh. Who knows, lepas ni boleh freelancing jadi emcee apa-apa acara. Waahwaah~gitu.


Congrats, Fir and Nanad. I pray that you guys will stay happy together till Jannah. InsyaAllah~



Apalah makna sesuatu trip itu tanpa diselang-selikan (ataupun lebih kepada, disulam padat-padat) dengan makanan-makanan yang tampak ceria terhidang diatas pinggan seterusnya dihadam ke dalam usus. Kannnnnnnnnn~




Percubaan diet semasa meng"order" dessert kat Delicious, Sunway Pyramid. Saya opted for Lemon Meringue. Love it!!! But somehow, tak dapat nak habiskan the filling sebab it was too sour for my taste buds.

  

Awesome Egg Quiche at Marmalade, Bangsar Village. Awalnya, ingat nak pergi menggemokkan diri secara berjemaah kat Dip&Dip tapi disebabkan tempat tu dah terlalu sesak dengan hipsters, sampai kena beratur tunggu meja, we decided untuk menarik diri dari menggomoli makanan-makanan hipsterama and withdrew ke cafe yang lebih tenang and vintage.
By the way, makan quiche ni boleh kenyang sampai kiamat. Khas untuk yang suka makan telur tapi still nak fenfeeling sihat sebab dalam quiche ni ada banyak labu and brokoli. See, sihat bukan??



Malam last kat KL, saya had my dinner at The Apartment, The Curve.




This meal (lupa plak apa nama penuh dia), sangat according to my liking sebab ada wild rocket. Apa tu?? Alah, yang daun hijau-hijau atas mash potato tu haa. Lagi satu, dish ni senang nak imitate. Baru je malam tadi saya buat my own version of this dish. 

Beli je fish fillet (make sure ikan tu jenis ikan berisi putih. Saya beli cod fish fillet. Boleh dapatkan kat Aeon berdekatan rumah korengs). Then mash potato tu boleh buat sendiri (resipi tengok kat Youtube), tapi kalau taknak pun takpe. Boleh kurangkan kalori sajian. Wild rocket boleh beli kat Aeon jugak (saya memang beli semua groceries kat Aeon, all the time). Lepas tu make sure letak lots of black pepper. Oh ye, kalau nak eat healthily, fish fillet tu jangan goreng. Opt for gril kays. Last sekali, perah lemon atas fish fillet tu. Maigot, sedap hokays!! Q__Q
Amboiii~siap bagi resipi plak dah.



Tiga ketul pavlova ni adalah sangat, sangat dear to my keminatan. Lembut, just like marshmallow. Macam makan awan manis. Pernah tak korengs makan awan?? Mesti tak pernah kan?? Saya pun tak pernah. Tapi rasanya kalau kita boleh makan awan, and awan tu manis, macam tulah rasanya pavlova ni. Highly recommended for all!!! Not too sweet, not too creamy. Just perf!!! ^^ *lick lips*


Anyway, before saya catch my bus to balik Melaka, saya sempat singgah Calaqisya Seksyen 7 and grabbed a shawl and blouse. Serius rambang mata. Tapi terpaksa pilih cepat-cepat sebab time tu around setengah jam je lagi dah nak gerak naik bas. Gigih kan, sampai last minute pun sempat lagi shopping!




Memang jealous dengan students UiTM Shah Alam sekarang ni. Semua jenis butik ada kat Seksyen 7. Dulu time saya belajar sana, nan hado!!! Takpe, takpe. Save duit PT (save ke?????).


Till then, insyaAllah will see korengs semua in my next entry.


Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!



Comments

  1. Assalamualaikum dan salam perkenalan...Selamat pengantin baru buat Bff cik mok :) norazhobbies

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam =)
      salam bloggermoks jugak~
      and thanks ^^,

      Delete
  2. salam..

    wahh syioknyer dier..sgt meng-have fun-kan diri kat sana ea..hehe

    *dapnyerr makannn ^,^*

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan tu keyword dia~
      ekekekekek ^^,

      Delete
  3. wah..wah..wah..curlass ko jahh..jadi emcess..retis2 gitu berganding bahu dgn tiko.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku bukan retis, tapi tiko tu memang.
      dia kan pengacara Selamat Pagi 1 Malaysia, haruslah letopss~ajajajajajaj =P

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)

Assalamualaikum
Diam tak diam, it's been more than a year ever since I last updated my blog. Yes, you read it right. More than a YEAR (jadah, blogger apa update blog setahun sekali. Choiii~).
So many things have happened to me during 2015 until now. And I don't think there'll be any single post which is long enough to cater everything that I direly wanted to tell you guys. Seriously, if I can, I would loooooove to write a heck of a long post that'll make you guys wanna curse me, yet at the same time, wanna read it alllllll the way till the end (confident tu penting yaww~).
My writing style might have changed due to my current lifestyle (chewahh~cakap nak dramatik je kan). Actually what I'm tryna say is that, I no longer have the time (READ: sebenarnya malas. Lalala~) to sekejap italic, sekejap un-italic kan my font based on the language that I use. Therefore, pandai-pandai laa korang classify kan bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris ke bahasa Sanskrit ke yang saya g…

21st: APA YANG LELAKI FIKIR TENTANG PEREMPUAN?

Assalamualaikum

Nak Kad Raya Special dari Si Arnab Gemok?? Klik sini --->Kad Raya Istimewa Si Arnab Gemok
Nak Hadiah Misteri yang Special?? Klik sini --->GA By Si Arnab Gemok

Rasa macam serius plak topik entri kali ni. 
Sebenarnya saya bukan suka sangat cakap pasal perbezaan. Tak kisah laa perbezaan antara pangkat ke harta ke darjat (antara dua darjat??) ke bangsa ke agama ke, and in this case, gender. Sebab bagi saya, kita semua homo sapiens (and some of us homosexual. What to do~ *angkat bahu*) and basically kita semua sama sahaja. Takde apa yang buat kita lebih istimewa, melainkan hanya dari view Tuhan je yang Maha Mengetahui taraf atau standard sebenar kita. 

Maksud saya, hanya Allah yang layak menghakimi kita semua.
Jadi mengapa masih wujud sesetengah golongan yang suka double standard, pilih bulu, dan juga rasa superior/memandang rendah kat others?? Dah bagus sangat ke mereka yang "pandai" menghakimi ni (mohon para Hakim jangan terasa) ??


Sumber: sodahead.com
Apa yang…

4th: BUKAN UNTUK PEREMPUAN SAHAJA

Assalamualaikum

Apa habaq semua?? Sihat?? 
So entri kali ni, saya nak bercerita pasal a few products yang maybe akan menarik minat lebih ramai female readers instead of male readers. Tapi ni ceq nak habaq satu rahsia laa kan. Produk kecantikan laa ni, bukan untuk perempuan saja naa. Lelaki pun patut pay attention dekat penjagaan kulit depa. Sebab produk kecantikan bukannya all about make up je. Pencuci muka, toner, moisturizer, sun block, dan bagai-bagai lagi, tu semua penting nak bagi kulit kita terjaga di zaman-zaman banyak pencemaran sekarang ni. Jadi jangan laa rasa rugi untuk keluarkan sedikit belanja every month untuk beli serba sedikit produk penjagaan kulit muka chuolz. 

Kalau tak larat (bukan dari segi kudrat tapi dari segi ekonomi. Ceq paham~ceq paham. Ceq pun sama), takyah laa kita nak p usha-usha counter Shisheido, Lancome, apatah lagi SKII. Laa ni baaaaaaaaaaanyak dah produk berkualiti yang dikeluarkan dengan harga mampu milik. So, fret not my friends, meh saya tunjuk apa …