Skip to main content

17th: TUTORIAL DIY "PERSONALIZE YOUR HAZE MASK"

Assalamualaikum

Apa khabar korengs semua??

Does the haze taking toll on your health like me??
Yup, udah seminggu saya demam selesema, batuk, and sakit tekak here. Mungkin antibodi saya kebetulan tengah lemah sekarang ni so inilah hasilnya. *tarik tisu, hembus hingus*
Diharap korengs semua jaga kesihatan and ikut nasihat Kementerian Kesihatan yang suruh kita semua kurangkan aktiviti luar. Tahan sekejap keinginan menyepak bola kat padang or berlari main layang-layang (err, ada lagi ke orang main layang-layang zaman sekarang ni??) kat depan rumah tu. Tak lama. InsyaAllah seminggu, dua lagi ni ok laa tu.

Tapi kalau memang terpaksa (Read: TERpaksa) untuk keluar rumah jugak, jangan lupa pakai topeng muka yang sesuai. 

Apa?? Tak style?? Skema?? Eh, selama ni korengs style ke?? Ahahahahh, jkjk.
Ye, memang nampak kelakar kan ramai-ramai kat luar sana semua pakai topeng muka. Sepesen je semua. Udahlah masa H1N1 haritu kena paksa pakai (time tu saya konvokesyen kut. Lagilah kena pakai masa beratur tunggu giliran. Hilang letops tahu), jerebu ni pun kena pakai lagi. Ahh, meluat. Menyampah. Leceh. Kan, kan, kan.

Sabar cik abang, cik kak, cik adik semua. Ini semua untuk kebaikan kita jugak. Bukan agenda kerajaan nak menaikkan ekonomi negara melalui penjualan topeng. Saya dah kaji dah. Depa takde hidden agenda. Jerebu ni semua bukan propa tapi ini semua takdir Tuhan.

Jadi, nak tak nak, moh le kita beramai-ramai memakai topeng muka a.k.a haze mask tu.

So there was this one day, seorang kawan saya komen one of my photos kat Instagram. Cik Ruby Ibrahim namanya. Dia mencadangkan supaya saya buat tutorial macam mana nak pimp up kan haze mask. Maybe dia tahu kut saya memang tengah takde kerja buat and suka sangat jadik terlebih kreatif.

Daripada komen dia tulah saya dapat inspirasi nak jadik kan haze mask yang saya pakai hari-hari tu sebagai kanvas tempat saya mencurah kreativiti (ewahh~).

Entri kali ni, saya akan ajar korengs semua cara-cara nak buat supaya haze mask korengs tak bosan and hari-hari boleh pakai different corak, so takdelah korengs rasa bosan and pandang kecik besar, kecik besar je kat topeng muka korengs tu (plus, nilah peluang nak tambahkan ke"awesome"an uniform sekolah or baju kerja korengs yang selama ni sama je dengan semua orang. Kannnnnnnnn *kenyit mata*).


All we need are:


1) Sekotak (or at least beberapa keping) disposable face mask (or surgical mask)



Yang ni mak saya beli sekotak ada 50 keping and it only cost RM15.00 sahaja

P/s: Face mask ni hanya boleh dipakai sekali sahaja. Maksudnya jangan recycle ok. Tak hygiene plak nanti. Dah timbul isu kesihatan lain plak kang. 


2) Pen Sharpie yang permanent and boleh tulis atas any materials (kaler-kaler boleh pilih ikut kegemaran hati masing-masing)



Pen Sharpie ni saya beli kat Mydin. Cuma RM9.90 untuk 6 batang. 

3) Alat-alat tulis lain (yang ni korengs korek je dalam pencilbox yang korengs angkut ke hulu ke hilir setiap hari tu. Very da jimat)



Kemungkinan, kita memerlukan pensel, pemadam, dan pembaris.

Sambil kata "Semudah ABC", moh kita mulakan (Bismillah jangan lupa ye bagi yang Muslim~).


First of all kita kena pastikan topeng tu yang mana belah luar and mana belah dalam supaya pemakaian kita efektif.

Kalau jenis yang macam saya guna ni, kedua-dua belah warna dia berlainan. Sebelah warna putih and sebelah warna biru. Yang warna putih tu untuk belah luar. Yang warna biru tu plak untuk dipakai ke belah dalam.


Ini belah luar.


Ini plak belah dalam. Jangan salah tahu. =)

Lepas dah make sure mana belah luar, mana belah dalam, kita kena ukurkan kedudukan topeng muka tu supaya betul-betul fit kat muka kita. 

Korengs perasan tak ada besi halus kat topeng muka yang korengs pakai tu?? Haa, besi kecik tu kegunaannya untuk betul-betul diletakkan atas batang hidung kita supaya topeng yang kita pakai tu tak menggelongsor. So, ni cara-caranya untuk ukur kedudukan yang betul untuk memakai topeng muka tu.

1) Pakai topeng tu kat muka kita (sangkutkan tali penyangkut kat telinga kita)




2) Tekankan besi kecik tu mengikut bentuk batang hidung kita




3) Tekan tu bagi beria sket supaya fit-fit melekat kat hidung kita, tahu. Tujuannya ada dua. Satu supaya, macam saya cakap tadi, pemakaian topeng tu efektif. Dua supaya bila kita nak lukis corak atas topeng tu nanti, kita tahulah mana centernya.




4) Tadaa, nilah hasil usaha kita tadi (pemakaian topeng jadik muat-muat ke muka)




Ok, setel langkah-langkah yang tu, maka bolehlah kita mula get creative. Hoyeahh!


Since saya ni bukan pelukis ala-ala Picasso ataupun Leonardo da Vinci, jadik saya mulakan kerja-kerja melukis corak kat topeng muka dengan menggunakan pensel. Sketching katanya~cheeeeeeeeeeeewah.

Kat step yang nilah bergunanya pensel, pemadam, pembaris tu semua tadi (utilize stationaries tu semua mengikut tahap kekreatifan masing-masing. Teehee~).



Then, bolehlah teruskan melukis kat garisan-garisan pensel tu tadi dengan pen Sharpie yang berwarna-warni tu. Yeehaw~

Step ni paling best. Time nilah korengs boleh goreng habis-habisan bakat terpendam korengs selama ni. Oh yeah!







Haa, tudia. Tribal hadoo, mulut beruang hadoo, monyet pun hadoo. 

Barulah semangat nak pakai kannnnnnnnnnnnnnnnnn~

Ni muka ceria cousin saya masa saya presentkan dia topeng-topeng muka untuk dia pakai ke sekolah.

Nilah masa nak pakai something fancy to school tanpa kena tindakan. Ekekekekek~





Bukan susah untuk kita buat something yang boring jadik interesting and cute. Kita personalize kan je topeng-topeng muka tu supaya jadik menarik untuk kita lebih happy untuk memakainya.

Lagipun, pakai topeng masa jerebu ni bukan boleh diambil ringan. Kesihatan itu takde gantinya. Jadik masa kita sihat, jagalah and cherish our health okies~

Selamat mencuba ye!!!


Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!



Comments

  1. Esok saya keluar, nak buat cenggini jugak laa. Comel !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. teehee~
      jom kita buat topeng comel banyak-banyak!!
      boleh tukar pakai corak berlainan setiap hari.
      weeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~~

      Delete
  2. haha comels!!!siyes comel!
    yeayyy boleh jd geng sharpies!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sharpie was first introduced to me when i was so young by my dad.
      bapak aku memang peminat tegar pen-pen sharpie.
      and now,aku plak mula minat guna.
      boleh geng dengan kau dah!!!
      XD

      Delete
  3. cantiknya.. nak satu jugak.. hehehee

    p/s yang biru tu belah luar.. bukan dalam.. tugasnya untuk memerangkap habuk kasar.
    saya pun tak tahu.. tapi tadi ada ahli farmasi tu tegur.. dia cakap salah pakai le pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.

      by the way, the correct way to wear a surgical mask (macam yang saya guna dalam entri ni), ada 2 cara.
      cara yang saya tunjukkan kat atas ni sesuai untuk musim jerebu and influenza.

      boleh semak sini:
      http://peacewisher.blogspot.com/2009/09/correct-ways-to-wear-surgical-mask.html

      ^^,

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

21st: APA YANG LELAKI FIKIR TENTANG PEREMPUAN?

Assalamualaikum

Nak Kad Raya Special dari Si Arnab Gemok?? Klik sini --->Kad Raya Istimewa Si Arnab Gemok
Nak Hadiah Misteri yang Special?? Klik sini --->GA By Si Arnab Gemok

Rasa macam serius plak topik entri kali ni. 
Sebenarnya saya bukan suka sangat cakap pasal perbezaan. Tak kisah laa perbezaan antara pangkat ke harta ke darjat (antara dua darjat??) ke bangsa ke agama ke, and in this case, gender. Sebab bagi saya, kita semua homo sapiens (and some of us homosexual. What to do~ *angkat bahu*) and basically kita semua sama sahaja. Takde apa yang buat kita lebih istimewa, melainkan hanya dari view Tuhan je yang Maha Mengetahui taraf atau standard sebenar kita. 

Maksud saya, hanya Allah yang layak menghakimi kita semua.
Jadi mengapa masih wujud sesetengah golongan yang suka double standard, pilih bulu, dan juga rasa superior/memandang rendah kat others?? Dah bagus sangat ke mereka yang "pandai" menghakimi ni (mohon para Hakim jangan terasa) ??


Sumber: sodahead.com
Apa yang…

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

Assalamualaikum

Helloooooooooooooooooooooooooooooooooooooo semua!!!
I know, I know. It's been a while~harap korengs semua masih belum lagi melupakan kewujudan Si Arnab Gemok di sini. 
Maafkan saya di atas ketiadaan entri baru sepanjang saya berhibernasi (adalah dalam hampir sebulan jugak. Ya Allah~lamanya. Maaf, maaf *tunduk laju-laju*)

Sebenarnya saya bukan berniat untuk mendiamkan diri mahupun bermalas-malasan mengabaikan blog saya ni. Saya sayang okay blog saya ni, apatah lagi para pembacanya (gittewww~). 
Walaupun kadang-kala terpaksa (Read: TERpaksa) hiatus selama beberapa ketika tapi itu tak bermakna saya cuba melarikan diri dari tanggungjawab. Ewah~tanggungjawab katanya!!

Buat pengetahuan umum (formal tak?? Kita ambil mood tajuk entri ni dari awal-awal kays), sekitar seminggu ke dua minggu yang lepas, saya banyak (banyak ke????) menghabiskan masa saya dengan menelaah dan menambah ilmu pengetahuan dari segi kenegaraan dan isu-isu semasa negara dan juga global. Waah, intelektual su…

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)

Assalamualaikum
Diam tak diam, it's been more than a year ever since I last updated my blog. Yes, you read it right. More than a YEAR (jadah, blogger apa update blog setahun sekali. Choiii~).
So many things have happened to me during 2015 until now. And I don't think there'll be any single post which is long enough to cater everything that I direly wanted to tell you guys. Seriously, if I can, I would loooooove to write a heck of a long post that'll make you guys wanna curse me, yet at the same time, wanna read it alllllll the way till the end (confident tu penting yaww~).
My writing style might have changed due to my current lifestyle (chewahh~cakap nak dramatik je kan). Actually what I'm tryna say is that, I no longer have the time (READ: sebenarnya malas. Lalala~) to sekejap italic, sekejap un-italic kan my font based on the language that I use. Therefore, pandai-pandai laa korang classify kan bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris ke bahasa Sanskrit ke yang saya g…