16th: SI ARNAB GEMOK MACAM DAH TERLEBIH GEMOK

Assalamualaikum

Disebabkan kenaikan berat badan yang melampaui batas lately ni (paham-paham laa orang duduk rumah kansss), last week saya started a new diet regime (after dipaksa oleh my mom. T___T). 


"Apa?? Si Arnab Gemok berdiet??"

Haa, lebih kurang macam tulah. Tapi bukanlah hardcore. Saya tak mampu lagi nak go all out tanpa nasi berhari-hari, berminggu-minggu, apakan lagi berbulan-bulan. Boleh mati woii. No, serius saya memang tak boleh kalau tak ketemu dengan nasi. Yelah, ai kenss orengss Melayuss. Ehehehehh~ XD

Basically, "diet" ni bukan semestinya bermakna kita tengah mengawal makan untuk kuruskan badan. It actually means "nutrition" ataupun jenis makanan yang kita ambil. Kan selalu dengar orang kata depa tengah on Protein-Diet kan. Tu maknanya depa tengah nak build muscles dengan cara makan lebih makanan yang mengandungi protein, which is bagus.


So back to the real story, apa cerita ni kan. "Si Arnab Gemok berdiet kunun". Baca seploh, doploh kali pun saya sendiri rasa nak tergelak guling-guling. Kalau korengs kenal saya personally, korengs pun konfem join gelak pecah perut and mungkin korengs akan turut sertakan caci cerca, hanjing menghanjing serba sedikit. 

Saya ni memang fofular SUSAH nak kawal makan sebab tak tahu laa ada jin apa dalam badan ni yang asik mintak ditempolok dengan pepejal je kerjanya. Nak-nak plak kalau ayam goreng and anything yang manis-manis (I know, I know, memang amalan tak sihat kannn).

And maybe disebabkan tulah my mom risau tengok anak dia yang sorang ni makan macam esok kiamat. Semua nak disumbat. Badan pun dah macam kek batat. Apakah??


InsyaAllah lepas ni saya akan cuba control jenis dan amount (ni chapter yang payah ni) makanan yang saya ambil. Bukan apa, zaman laa ni, ramai orang muda-muda dah kena gout laa, sakit jantung laa, kencing manis laa, and paling letop sekali, darah tinggi. 


However, bolehlah dikategorikan saya ni sebagai si pahat dalam peribahasa "Seperti pahat dengan penukul" tu. Sebabnya saya ni memerlukan gesaan (dan mungkin juga paksaan) untuk buat something. Ya betul, diriku ini penuh dengan sifat-sifat mazmumah. Ceq tengah cuba perbaiki diri naa~mohon tunjuk ajaq semua. Tee-Q *flying kiss*

Jadi, my mom signed up for Herbalife untuk membawa anaknya ini ke arah jalan yang benar. Thanks, mama. Ailebleblebleblebiu muahmuah. :*

Ni lah makanan (or more like minuman) ruji harian saya sekarang ni.

Read: Saya still makan nasi macam biasa. Cuma jumlah tu kurang sket. Ye, kurang "sket". Ehehehehh~ :P











So ada tak antara korengs yang guna Herbalife jugak?? Macam mana progress?? Do share kat ruangan komen. Nak jugak cari geng berdiet-dietan sama-sama. Teehee~


For now, saya baru consume Herbalife products ni untuk 3 hari. Nanti saya akan update apa perkembangan (or more like, "penguncupan") program diet saya ni ok.


Wish me luck~

Kalau korengs nak tahu lebih banyak pasal Herbalife and jugak testimoni-testimoni consumers yang begitu mengujakan, just klik sini:
Herbalife Malaysia

Salam menggemok (mungkin kena tukar kepada "mengkurus" plak kut lepas ni. Yelah, orang kata, kata-kata tu doa kan. Kekeke~). Toodles~


Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!




Comments

  1. nq pernah consume herbalife ni masa nak kahwin dulu. nak kurus masa sanding punya pasal. tapi tak tahan mahal (masa tumasih miskin lg wuuu), so makan jimat-jimat sgt sampai last2 takde penguncupan berlaku. hahah. fail di situ.

    semoga berjaya berdiet. yg penting sihat tau :D

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. best bila timbang and nampak penurunan berat. ^^

      Delete
  3. good luck! semangat kena kental... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankiu!!!
      insyaAllah i semangat ni nak jadik sihat. =)

      Delete
  4. ok..make sure ko amik gambar sebelum and selepas..bagi testi sikit..hehe..best of luck shaz!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahahahh
      testi bagai kemain
      insyaAllah noks
      tapi rasanya aku bukannya nampak perbezaan sangat pun kalau dalam gambar sebab aku ni suka buat magis depan camera. XP

      Delete
  5. kita dlu boleh ja tak makan nasi..sekarang berat dah naik gila2 ..nak berdiet dah tak boleh sbb duudk rumah kan..mmg makan ja la.uhuuhu..herbalife murah ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau duduk rumah asik rasa nak makan je.
      kena plak saya memang suka (kuat!!) makan dari kecik lg. kikiki~
      haritu registration and starter pack untuk herbalife semua sekali lebih kurang RM800.
      maintain every month lebih kurang RM400-500.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)