15th: BACK TO SEKOLAH YO

Assalamualaikum

Waah sekejapnya rasa dah 2 minggu. Almaklumlah cuti sekolah laa katakan. Cuba kalau 2 minggu yang kena bersekolah or bekerja, hmm memang kalau saya ni boleh tumbuh janggut, dah sampai ke lantai rasanya. Exaggerate sangat kan?? Ahahahahh.


So apa korengs semua dah buat sepanjang cuti yang lepas??

Actually 2 minggu tu lama tahu. Yelah, sehari je dah ada 24 jam. Tolak 8 ke 9 jam tidur, masih ada lagi 15 ke 16 jam. Lepas tu kali kan dengan 14 hari. Mak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii *tekan kalkulator* 210 ke 224 jam kut. Kalau tengok Runningman, boleh tengok beratus episodes tu.

My highlight of these 2 weeks school holiday is my shopping trip to KL with my family. Kitorang pergi sekejap je, 2 hari 1 malam (alah, macam variety show 2 Days 1 Night kat KBS World tulah). But even though sekejap je, it was funfilled and saya rasa contented. Rasa apa tu?? Rasa happy and puas hati laa. Teehee~


During kat KLCC, saya dengan my mom and my cousin pergilah menjenguk-jenguk Sephora. Ni sah-sah pengaruh Michelle Phan, Jenn Clothes Encounter dengan Promise Phan. Depa punya pasal laa ni buat saya dengan cousin saya teruja kuda nak main mekap-mekap (walaupun tak berapa nak terer. Hohoii~).

Masuk je dalam Sephora, rasa macam "Wow! This is heaven, man!!!", well at least untuk girls yang muda remaja macam I olz (hakpuihh) laa kan. My mom masuk tengok macam selamba je. Takde reaksi over-over macam my cousin and I.
Macam mana my cousin and I reacted?? Well, senang cerita, macam jakun yang mintak pelempang. Hoho. XD

Actually banyaaaaaaaaaaaaaakkkk gila benda yang saya berkenan tapi kenalah control-control. Kang kena bambu dengan my mom, "Apa kejadahnya anak aku ni nak borong mekap satu kedai. Nak jadik mak andam ke". So, ini jerssslah yang saya beli.


Nyx Eye Shadow Base (suai untuk ai yang baru berjinak-jinak nak menconteng atas mata dengan rona-rona pelbagai warna. Gittewww~).

Korengs selalu tak experience masa pakai eye shadow, lepas beberapa ketika, eye shadow korengs jadi bergaris-garis ikut garisan kelopak mata?? Haa, Eye Shadow Base ni boleh tolong kita semua counter that masalah. InsyaAllah kalau kita pakai produk ni before letak eye shadow, eye shadow kita takkan jadi "cakey" and jugak nampak lebih terang. Voila~
Available in warna putih and skin tone. Saya pilih yang skin tone sebab senang nak blend in dengan warna asal kelopak mata. Lagipun saya bukannya nak bagi eye shadow saya nampak meriah mencerlang macam Nicki Minaj.



Masuk Sephora, maka wajiblah beli produk jenama Sephora. Kansss~

So here saya beli 2 products yang awesomepowesome (bagi saya, semua produk yang saya beli never failed to impress myself. Self-loving sangat. Ahahahh).

I got Sephora Creamy Body Wash bau Caramel and also Sephora Head To Toe Hydrator

Nak cerita pasal Creamy Body Wash ni. Ya Allah best gila ok. Letak je botol ni dalam bilik air, satu bilik air bau caramel. Macam kedai gula-gula weyh!! Selain bau caramel, ada jugak bau vanila, cekelat, kelapa, bunga cotton, sitrus, and so much more bau-bau yang seriously wangi. Kiranya rambang mata laa ai masa nak memilih haritu. Nak beli semua tapi kena sekeh dengan my mom. Sobs~

Yang Head To Toe Hydrator tu plak sangatlah berbaloi-baloi. Nama pun Head To Toe, so memang dari kepala sampai ke kaki laa boleh guna. Sebotol ni boleh jadik mask rambut, mask muka, lotion badan, lotion tangan, lotion kaki, lotion kuku, lotion blablabla~kesimpulannya, I loike!!!

And, baunya pun wangi. 

Snapshots my cousins and I berseronot-ronotan membeli candies kat Candylicious (kedai wajib singgah kalau pergi KLCC). 







My family and I ain't berani enough to go near the water fountain. Ramai dah kena spray depan mata kitorang. Ahahahahh. So berdiri jauh sket and fenfeeling nampaklah air pancut kat nun belakang tu. Malangnya, tidak. --"




Before gerak balik Melaka, we olz singgah Wondermilk Damansara untuk beli a box of cupcakes and the very famous (and SANGAT hipster!), Kopi Cap Rusa. Kebetulan hari kitorang pergi ada promotion buy 1, free 1. Yosh, langkah kanan. Alhamdulillah. Kopi Cap Rusa ni rasa dia macam kopi susu nenek kita buat. Macam mana tu?? Macam mana lagi, SEDAPLAH!! Kalau korengs minat rasa yang lebih dark, saya suggest korengs minum Kopi Cap Beruang. Eh, gelak plak. Betul laa. Memang ada. Kopi Cap Beruang tu dia kopi o kaw-kaw punya. Semua datang dalam botol yang boleh kita simpan lama-lama jadi kenangan (maksudnya botol dia berkualiti laa).






Begitulah how I spent cuti sekolah 2 minggu. Korengs plak macam mana?? Do share your stories kat ruangan komen if korengs don't mind. Saya suka sharing-sharing ni. Manalah tahu percutian kita boleh jadi inspirasi untuk orang lain rancang next percutian depa plak kan. Ain't that nice?

Sharing is caring kata omputeh.

Till then, take care.

And Selamat Kembali ke Sekolah. Belajar rajin-rajin ok.

Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a nice day chuolz!!!




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)