9th: DAK PUTEH REACHED 10K OF ITS MILEAGE SO I DECIDED TO BUY A MASCARA

Assalamualaikum

Hai semua!!!

Sebenaqnya nak habaq mai awai-awai, tajuk entri ni propa je lebih. Apa plak kena mengena mileage kereta dengan nak beli mascara kan.
Actually saya sangat happy sebab finally my 1 year (plus, almost 3 months) old Dak Puteh finally reached its 10,000th kilometers pagi tadi. Alhamdulillah. Banyak jasa kereta tu dekat saya. Dialah yang saya dah lenjan daripada level gostan terus langgar bangku sampailah sekarang ni, kira level gostan and berhenti 2cm dari bangku laa senang cerita (tapi ai masih pakai sticker P sebab rasa...err,rasa...rasa laa kan, macam still bawak mengalahkan bebudak P. Ohohohohh). Dan, yang paling penting itulah hadiah Hari Lahir yang terbesar daripada Mama and jugak arwah Bapak untuk saya last year. Terbesar tu orang kata dari segi fizikal laa kan. So itulah pasal saya drive pun penuh berhati-hati (sayang woii hadiah daripada parents!!).

Tahniah Dak Puteh. Hang dah dewasa!!!




Anyhow, seperti yang korengs dah jangka, ye, ye memang betul. Saya nak share some information and reviews pasal valued purchases yang saya baru buat kelmarin. Kali ni, it's all about the eyes. 


Apa yang saya nampak sekarang ni, bagi hijabers, mereka lebih tumpukan pada solekan mata instead of other places kat muka ni kan. Yelah, orang kata kalau dah bertudung a.k.a berhijab ni, kenalah jaga batasan dalam berhias. Tak salah berhias, tetapi kena ingat keyword bagi Muslimah, "modesty". Yup, kita kena bersederhana dalam menghias diri sebab kat luar sana ramai ajnabi (ewahh~cakap Arab siot aku), jadi kita kena pastikan solekan atau hiasan diri kita takkan menimbulkan fitnah atau apa-apa perasaan yang tak sepatutnya di kalangan mereka.


No, no, I don't have anything against golongan bibir merah Makngah ataupun pipi blushing shocking pink, tetapi cuma saya prefer being modest dalam make up, make up ni. Lagipun ceq bukan pandai sangat nak ber"make up" so setakat conteng-conteng alis mata tu boleh laa. Teehee~


Make up essentials saya termasuklah:

1) Alas bedak (sama ada BB Cream atau foundation atau paling kokak, tinted sunblock)
2) Compact powder (kalau takde, pakai Loose powder sahaja pun dah ok)
3) Blusher (very natural tone)
4) Maskara (eyeliner dengan eyelash curler tu semua bonus. Kalau ada, lagi complete omputeh kata)
5) Lipbalm (colourless. Ai tak suka jenis yang ada kaler-maler)

So there. For now, 5 products ni semua WAJIB ada dalam make up bag saya masa saya pegi travelling mana-mana. Well, of course laa yang sebenarnya saya bawak lebih daripada 5 mendalah kat atas ni. Tapi cuma kalaulah disuruh pilih make up products terpenting, ni laa pilihan ai~


Haa ni saya nak tanya, korengs semua mesti suka lukis eyeliner berekor-ekor panjang, lentik-lentik macam mata kucing tu kan? Berapa ramai je pun yang akan kata tak suka kansss~ke korengs yang kata tak suka tu sebenarnya suka tapi tak reti? Ekekekek~jkjk. Jangan laa defensive sangat. Kita kat sini nak sharing, sharing idea jersss. *muka innocent*


Since tak semua dari kita ni dah bekerja and bergaji (akak tahu ramai tu adik-adik yang masih bersekolah baca blog akak kan?? Hai~dah siap homework? Esok jangan tak pegi sekolah. Ada PBS tahu! Aherher~) tapi masih suka pakai make up. Dengar sini, jenama mahal tak semestinya lebih bagus daripada jenama yang affordable. Tapi janganlah sebab nak jimat duit sampai sanggup beli produk murah yang takde kualiti and memang daripada packaging pun dah nampak meragukan. Pandai-pandailah kita pilih and make sure sesuai dengan kulit kita. Sebab certain orang, kulitnya lebih sensitif.  


These are some of the products yang saya rasa sangat bagus and harganya plak memang terlebih berpatutan untuk sesiapa sahaja beli dan enjoy pakai.


LASH CONDITIONING MASCARA BY IN2IT, RM12.50 SAHAJA

Bila kita pakai produk ni after kita curl kan bulu mata kita guna eyelash curler, dia akan help to hold the curl of our eyelashes longer and stronger. Jadi bulu mata kita akan nampak lebih lentik. Tak payah pakai bulu mata palsu (sebab bulu mata palsu pun haram so yeah, paham-paham laa kan)






LASH CURLER WATERPROOF MASCARA BY SILKYGIRL, RM17.90 SAHAJA

As usual, pilihan maskara saya mestilah kaler hitam. Sebab kalau kita pakai maskara kaler gelap, bulu mata kita akan nampak lebih lebat. Weeeeeee~
Seperti yang saya cakap sebelum ni, takde bezanya sama ada produk make up kita berjenama international ke mahal ke, dengan produk make up local or cheaper, sebab saya dah compared maskara SilkyGirl ni dengan maskara Maybelline and Clinique yang saya pakai. Hasilnya maskara ni lebih melebatkan bulu mata compared to Maybelline's mascara and compared to Clinique plak, boleh dikatakan allllllllllmost the same (but Clinique's mascara buatkan bulu mata kita nampak seperti bulu mata palsu a.k.a SANGAT lebat).



SET PERFECT STAY 20HR EYELINER WITH GENTLE EYE&LIP MAKEUP REMOVER BY SILKYGIRL, RM13.80 SAHAJA

This, memang sangat menjimatkan. Bukan setakat dapat eyeliner, tapi dapat remover dia sekali and it only cost me less than RM15.00. Saya macam "Wow! Whoah! Wuyyoh! Ok, mesti beli!", maka saya pun beli and tersangatlah berpuas hati. Eyelinernya tahan lebih dari 10 jam (ok, kat kotak memang tulis 20 jam, tapi gila ke apa saya nak pakai eyeliner sehari suntuk kannnn~) and the remover, removes any trace of eyeliner, eyeshadows, mascara, liptint, lipstain, dan yang seadik-beradik dengan mereka, with only 1 swipe. Amazingazingazingzing chuolz!!!







Overall, SEMUA products di atas telah memuaskan hati saya. Sebab tu saya recommend korengs semua cuba. Dah laa harga-harganya semua sangat berpatutan. Lepas tu hasilnya plak, bak kata omputeh, kita bagi "standing ovation" laa weyh! *tunjuk good dua tangan*


And here is my OOTD masa pegi membeli-belah tempoh hari.



Descriptions: Two-toned Ombre Shawl from a boutique at Kota Fesyen MITC
Vintage Floral Blouse from Brand Outlet Store
Faded Skinny from Brand Outlet Store
Cute Shocking Pink Pumps from Brand Outlet Store
Vintage Handbag from Ministry Of The Very Fashionable

Descriptions: Spike Short Necklace from Pinky Bears

Descriptions: Owl Watch (gift from a friend)
Gold and Silver Bangles, Zip Bangle, Poker Ring from Pinky Bears
Chili Red Statement Ring from Forever 21 (gift from a friend)

Jumpa korengs di lain entri,k.

Till then, jangan nakal-nakal and behave.

Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a good day chuolz!!!



LIKE WHAT YOU SEE? THEN FOLLOW MY BLOG !

Comments

  1. tahnah dah sampai 10k mileage..hehe..=P

    Wordless Wednessday

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/05/wordless-wednessday.html

    ReplyDelete
  2. mileage baru 10k je?? aku pnye dh nk dkt 25k.. nmpk sgt aku kuat berjalan kan.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok laa ko every week berulang alik s.alam-PD kut. Ak gerak dalam melaka je pun. Hohoii~

      Delete
  3. Eyeliner 20hours tu dah cari tp x jumpa2 lagi.. no stock kot?

    hihihi Salam kenal ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heyhey there!! Salam kenal back and lets be bloggermokbuddies!! ^^,

      Maybe laa stock dah abes sebab masa i up entri ni, ramai kawan-kawan tanya pasal that eye liner.
      Since it's murah and sangat bagus, haruslah kenss laku gilss!!
      Takpe, nanti try check lagi kat Guardian or Watson, insyaAllah ada restock. =)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts