13th: SI ARNAB GEMOK BELAJAR BERSYUKUR

Assalamualaikum 

Selamat hari Selasa to all bloggermoks and jugak readers blog saya ni. Apa habaq semua?? Harini korengs pergi kerja/kuliah/sekolah tak?? 

Ai bekerja seperti biasa, setiap hari (tiada cuti) sebagai PA sepenuh masa for my mom. Alang-alang belum mencari apa-apa kerja di sektor swasta mahupun kerajaan ni, maka saya bekerjalah dengan sepenuh masa (dan hati) sebagai seorang anak (read: driver, pembantu peribadi, pekerja rencam, etc) kepada mak saya. Best okay! Tiap-tiap minggu dapat upah pergi shopping. Mwahahahaff!! XD

Anyway, as usual, malam tadi tangan ai ni laju je scrolling gambar-gambar kat feed Instagram. Bila dah follow 200 orang kat Instagram tu, maka pelbagai jenis gambar laa yang saya nampak setiap kali saya on Instagram. 

Selalu terlintas dalam fikiran, "Ya Allah, bestnya life depa ni semua. Pergi big events, dapat beli baju/kasut/handbags branded and cantik-cantik plak tu, paling awesome bila pergi luar negara tu dah macam daily life routines, setakat celah gigi je. Untungnya! Kan best kalau life aku sama macam depa." 

Wait, what?? Hold it right there!

Seriously? Seriously saya nak live a life like theirs?? 
Ini soalan yang selalu buat saya snapped back to reality and fikir sepuluh, dua puluh kali semula dengan statement saya yang last tadi ("Kan best kalau life aku sama macam depa.").

Seriously saya nak life macam Kim/Kourtney/Khloe Kardashians??

Seriously saya nak life macam Michelle Phan??
Seriously saya nak life macam Dato' Siti Nurhaliza??
Seriously saya nak life macam Hanis Zalikha??
Seriously saya nak life macam si polan, si polan dan si polan??
Seriously??
Pernah tak terlintas kat fikiran kita yang actually depa kat atas ni semua pun pernah terfikir jugak untuk bertukar life dengan orang lain at certain point??? 

What I am trying to say is that, takde life sesiapa pun kat dunia ni yang perfect dari segala segi. Yes, someone may be prettier, richer, thinner, more famous and well-known dari diri kita yang tak seberapa ni.

But bukankah our lives do not only revolve around money, beauty, and fame??

Cuba kita fikir dan tengok balik apa yang kita dah ada/kecapi/nikmati selama kita hidup ni. *fikir 10 saat (actually 2, 3 saat je pun dah cukup) *

Exactly, BANYAK!!! In fact, SANGAT BANYAK!! And the best part is, semuanya awesomepowesome belaka!!
Sudah banyak sangat benda yang kita ada dalam life kita tapi kita tak sedar sebab kita asik melihat ke arah kehidupan orang lain (yang kononnya lebih baik daripada kehidupan kita, which is NOT true).

1) Bakat Semulajadi


"Bakat?? Berbakat ke aku??"

"Ada ke aku bakat?"
"Bukan semua orang berbakat."

Mesti itu yang korengs selalu terfikirkan bukan??

Sebenarnya setiap perempuan, lelaki, dan yang "di antara kedua itu", telah dilahirkan lengkap dengan pakej bakat. Kira macam "Buy 1, Free 1" laa ni. Yelah, Tuhan itu Maha Adil. Takde siapa yang lahir terkonteng-konteng tanpa ada "soft skill" tersendiri. Cuma tinggal kita je nak gilap apa yang Tuhan dah bagi tu.

Saya amik contoh diri saya ni laa. Kalau nak compare kan bakat nyanyian saya dengan Kelly Clarkson tu memang boleh bikin self esteem jatuh berdebap-debup tak naik-naik balik dah. Tapi buat apa kita nak berfikiran sesempit itu. Bakat bukan sekadar terdiri dari aspek seni nyanyian atau lakonan semata-mata. Bakat jugak bukan boleh diukur pada paras rupa. Contohnya, saya selalu dengar orang kata, orang cantik/kacak lebih berbakat. Apa tu?? Bulls**t! Itu semua propaganda nak menjatuhkan tahap keyakinan golongan orang yang rasa mereka "kurang" lawa kepada tahap yang lebih rendah, which is very unfair because everyone is talented!


For me, walaupun saya bukanlah seorang selebriti/penyanyi/pelakon or someone like that, I believe I am talented and my talents are special (yes, kita kena believe in ourselves yang setiap dari kita ni memang special. Ciptaan Allah mana yang tak special, cuba habaq mai sket kat ceq).


Saya lulus ujian PTS (darjah 3 straight naik darjah 5), saya talented.

Saya pandai mengarang (creative writings), saya talented.
Saya kidal, saya special.
Saya anak tunggal, saya special.
Nak sebut banyak lagi, khuatir jadik riak pulen. Ahahahahh. Jk, jk.

So basically, korengs boleh tangkap kan apa yang saya cuba sampaikan ni? =)


2) Kesihatan


Daripada kita sibuk-sibuk men"jelesi" Lisa Surihani dan suaminya, Yusry KRU, pergi bercuti ke LA, bukankah lebih baik kita mensyukuri kerana Tuhan masih bagi kita peluang untuk cukup sihat dan gagah untuk berasa "jeles" itu? 

Pernah tak korengs terfikir apa perasaan orang sakit bila tengok mereka yang sihat??
Cuba jelah kita collapse demam denggi seminggu. Tengok sket apa kita rasa. Konfem-konfem kita jeles dengan kawan-kawan kita yang sihat, walaupun in certain cases, kita lebih kaya atau lebih cantik/kacak. Tapi bila kita sakit, semua tu tak bawak apa makna pun kan?

Saya selalu cakap, "Jelesnya tengok peserta America's Next Top Model yang kurus-kurus tu. Kenapalah aku kuat makan and gemuk. Kalau aku kurus macam depa mesti hidup aku lagi best." And then I stumbled upon articles tentang beberapa orang top supermodel mati sebab eating disorder (bulimia, aneroksia, etc) depa yang tak dapat dikawal. So, apa maknanya? 

Kurus tak semestinya bermakna hidup depa lebih best. Apa yang penting, jaga pemakanan dan jaga kesihatan. Kerana bila kita sihat, itulah kenikmatan hidup sebenar. Maka bersyukurlah kerana kita sihat~


Sumber: strawberrycheesecak3.devianart

3) Family


Oh My Allah, kenapalah kita selalu alpa dengan nikmat yang satu ni. Astaghfirullah~


Kalau kita belajar mensyukuri kehadiran ahli keluarga (especially parents kita) dalam kehidupan kita, takkan ada apa lagi untuk kita cemburukan pada kehidupan orang lain.


Sebabnya?? Senang je. Ada ke mana-mana orang lain yang mempunyai parents/siblings/atuk/nenek/pakcik/makcik/sepupu yang sama macam yang kita ada?? Obviously, NO!!

Jadi apa lagi yang kita nak jeleskan?? Takkan ada sesiapa kat dunia ni yang mempunyai "carbon copy" ahli keluarga yang exactly sama macam kita. Setiap dari kita menikmati set kasih-sayang yang unik berbanding orang lain. MasyaAllah besarnya ruang lingkup kasih sayang Tuhan terhadap kita semua. Fikirkanlah~


Sumber: serendipityandkate.blogspot

4) Friends


Tentu-tentulah Taylor Swift/Justin Bieber tak berkawan dengan classmates kita kan?? Classmates kita yang mana?? Alah, classmates kita yang awesomepowesome tu. Classmates kita yang setia kawan and sanggup bersengkang mata tolong kita buat assignments last minute tu. Classmates kita yang selalu belanja kita makan kat kafe fakulti tu. Classmates kita yang selalu bagi kita paw stok megi kari dia bila duit PTPTN kita dah kering tu. Classmates kita yang sama-sama karok kat Bintang Gemilang tu.

Haa, nampak tak betapa beruntungnya kita compared dengan Taylor Swift dan Justin Bieber?? Nampak bukan?
Jadi apa kita nak sangat life macam orang lain sedangkan dalam life kita ada raaaaaaaaaaaaaamai kawan-kawan yang best and havoc gila!

Kadang-kadang bila saya duduk sorang-sorang, tengok gambar kelas, selalu terasa, "Damn, I am such a lucky b***h to have known these crazy, goofy, insane guys back in my days in UiTM. Seriously, aku rugi gila kalau tak kenal dengan depa."

So, kalaulah saya ni Ryan Higa ataupun Mat Luthfi, kemungkinan untuk saya kenal dengan kawan-kawan saya kat UiTM tu is highly UNLIKELY! Therefore, saya dah rugi besar. Maka, bersyukurlah~


Sumber: tumblr.com


Sumber: thebunnymaker.blogspot

But most of all apa yang buat saya sedar betapa beruntungnya saya menjadik saya dan menjalani kehidupan sebagai saya adalah kerana,


5) Agama Islam



Sumber: alkadiabdul.tumblr

Subhanallah~

Alhamdulillah kerana saya telah dilahirkan dan dibesarkan dengan agama Islam. Nikmat hidayah daripada Allah ini siapa yang boleh tandingi. Tiada, tiada, dan takkan ada sampai bila-bila.


Sumber: revertsconverts.blogspot

Kita boleh rasa cemburu dengan kehidupan para selebriti Hollywood yang kaya-raya. Kita boleh cemburu dengan kehidupan idol-idol K-Pop yang always look trendy and cool. Kita boleh cemburu dengan kehidupan artis-artis Malaysia yang terkenal and popular. 

Tapi think, think again, adakah kita sanggup trade Islam and the beauty of it just to have the same life like theirs?? Nauzubillah~

Jadi siapa kata life kita tak best? Siapa kata life kita tak lengkap? Siapa kata life kita lame compared dengan life orang lain?? 

Betul, kita sendiri (saya yang khilaf inilah) yang melabel dan merasakan kehidupan kita tak sebagus orang lain. Sebab kita melihat/mengukur taraf kehidupan kita dan mereka dengan cara yang sangat harafiah ataupun orang kata kiranya macam "hanya memandang dari segi luaran", which is salah and tak tepat. 

Peringatan ni untuk kita semua (dan terutamanya, diri saya sendiri. Teehee~), untuk kita timbal balik apa yang kita rasa selama ni. 

Adakah tidak cukup dengan segala yang telah Allah kurniakan pada kita selama ni?
Adakah?

Bagaimana kalau Allah tiba-tiba tarik salah satu daripada nikmat yang telah kita ada selama ni (contoh, parents kita), untuk diganti dengan apa yang kita jeleskan pada kehidupan orang lain (contoh, populariti), adakah itu akan buat kehidupan kita better and kita lebih happy??


Astaghfirullah~



Sumber: nabillahamierah.blogspot

Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a good day chuolz!!!




Comments

  1. Serius aku baca entri ko yang ni dari awal sampai habis ;)

    Betul apa yang kau cakap tu..
    aku setuju, buat apa nak susah2 jadi orang lain.
    Cemburu itu normal..tapi kita sendiri adalah anugerah yang ternilai..

    Kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. of course.
      setiap kita ada kelebihan and kekurangan masing-masing.
      memang bunyiknya cliche tapi itulah hakikat.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)