7th: MUKA BERMINYAK?? NO HAL, KITA ELIANTO BIO CLEAR KAN SAJOHH

Assalamualaikum 

Halu halu semua~

First of all, nak mintak sori sangat-sangat sebab dah lama tak up kan entri baru. Ceq busy sket weekend yang baru lepas ni. 

Apa?? Busy berkempen?? Eh, tak tak. Saya tak pandai berkempen-kempen ni. Saya pemerhati dari sidelines je sambil pegang pompom. Amboii, cute nya diriku ini. Ahahahh. Jkjk. Tapi walaupun saya tak turun padang, singsing lengan kain baju untuk berkempen, gantung bendera, poster, apa bagai, insyaAllah saya takkan lupakan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi pada Hari PRU nanti. First time ni ai nak merasa beratur mengundi. First time plak tu nak merasa jari dikaler-kalerkan hitam. Mesti fenfeeling orang minyak sehari, dua lepas tu nanti. Hoho. Nak pesan sket kat readers semua, korengs pun jangan lupa pegi mengundi tahu. Tapi adik-adik yang baru nak tumbuh bulu keti tu takyah laa korengs pening-pening fikir nak mengundi siapa. Belum tiba masanya korengs pecah kepala masuk arena percaturan politik negara. Ewahh kelas tak ayat akak. Nanti bila dah cukup umur, jangan lupa mendaftar sebagai pengundi tahu. Itu amanah kita semua ya! Yang penting, belajar dulu pasal sejarah negara elok-elok supaya keputusan memangkah siapa tu nanti tak silap. Demi masa depan semua. 


Worait. Terserius plak topik pembuka kata kita kali ni. Padahal tengok tajuk entri macam light, light je. Yelah. Pasal skincare laa gamaknya. Takpe, PRU tu topik penghangat badan katanya.


So bagi korengs yang dah baca entri saya yang sebelum ni, mesti ada yang dah tahu saya sedang mencuba pakai produk keluaran Elianto, Bio Clear Series. Produk yang saya kata sesuai untuk kulit muka berminyak tewwwww~ingat tak? Ingat tak?? Haa, ingat pun. Kalau tak ingat, cuba skrol kat blog entries before this.


Ikutkan perkiraan, ini dah masuk minggu kedua saya pakai produk Elianto Bio Clear (Balancing Cleanser, Soothing Toner, Mattifying Emulsion, Blemish Spot Solution). Apa yang saya boleh kata, memang A-Awesome!!


Saya started off dengan pakai pimple oil, Blemish Spot Solution, dia dulu. Sebab time beli tu pencuci muka, toner, and moisturizer jenama yang dulu semua ada lagi. Disebabkan cuaca sekarang memang panas, banyak laa naik jerawat kecik-kecik, merah-merah kat muka, especially di bahagian pipi and dahi. Kalau dibiarkan biasanya dalam seminggu jugak laa baru hilang. Tapi lepas letak Blemish Spot Solution tu, maksimum dalam 3 hari je, semua jerawat clear! (Serius, NO exaggeration!!). Apa lagi, melompat bintang laa saya. Hellooo~siapa taknak kulit bersih kannnsss?? *snap jari 3 kali*


After a few days started pakai pimple oil tu, saya pun mula pakai the rest of the products in the range. Selama ni, saya memang cuba cari produk yang boleh control oil sebum saya sebab kulit muka saya memang berminyak. Lepas 3, 4 jam cuci muka, mulalah sesi "dewy" skin (KONON!) muncul. Kalau orang Korea, dewy skin depa disebabkan glitter products make up. Ni saya, disebabkan...haa, sambunglah sendiri ayat ni. Sakit pulak hati beta bila memikirkannya. 


Jadi bila saya started pakai Bio Clear ni, expectation saya takdelah macam menggunung ke apa kan. Sebab dah biasa pakai oil control products. Hasilnya sama je. But little did I know, Bio Clear really surprised me like "Whoahh!!". Bayangkan bangun pagi muka saya licin macam baru lepas mandi. No trace of oily skin AT ALL!! Nan hadoo!


Before masuk tidur, saya cuci muka dengan Balancing Cleanser. And then pakai Soothing Toner. Lepas tu finished off dengan Mattifying Emulsion. Itulah rutin saya setiap malam sekarang ni. Terasa sangat keberkesanan products Elianto Bio Clear ni. 


Antara keempat-empat produk dalam range ni, my favorite will have to be Mattifying Emulsion. Sebab saya rasa itulah key product yang banyak membantu to control my oily skin. And bila saya bersiap nak keluar, saya akan make sure, saya pakai produk ni first before menempek any other make up products on my face. Lepas tu mak boleh melaram catwalk seharian, semalaman dengan make up yang sama, tak payah nak touch up bagai, noks. Serius muka takkan berminyak up to 8 hours (waktu di rumah) or 6 hours (waktu bermain di bawah cahaya suria. Aiceh~).


This range is HIGHLY recommended by saya, Si Arnab Gemok, yang memang terkenal dengan kulit muka berminyak, untuk semua gegadis dan jejakas di luar sana yang menjalani kehidupan serba aktif tapi masih memikirkan tentang kebersihan dan kesihatan kulit mereka. Kalau korengs nak tahu, kulit muka berminyak ni kena jaga lebih sket berbanding kulit muka jenis lain. Sebab bila kulit berminyak, lebih senang untuk kena sunburn tahu. So fikir-fikirkanlah.



Sumber: Elianto

Ini bukan segmen tajaan so percayalah bahawa semua isi hati entri ni memang ikhlas datang daripada pengalaman saya yang sebenar.


Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a good day chuolz!!!



Comments

  1. siyes lepas baca entri ko..terasa nak pegi watson beli..hikhik. thanks tau sharing ;)

    ReplyDelete
  2. Noks, janganlah macam ni. Sah-sah ni reviu produk Elianto. Mana ada jual kat watson. Jual kat Elianto punya boutique laa weyh. Ekekekek~
    Beli, beli, jangan tak beli. Baguih produk ni!!

    ReplyDelete
  3. Awak,saya nak tanye,kulit awak mengelupas tak pakai produk ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi there
      elok je babe
      in fact, yang paling bagus and efektif is the mattifying emulsion.
      muka memang tak berminyak even after few hours of wearing make up.
      two thumbs up from me!!! ^^,

      Delete
  4. Sorry nak tanya, produk elianto ni boleh hilangkan acne scars tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi~
      I'm not sure this range ada lagi tak.
      Better sis pergi kat branch Elianto terdekat and cekcekcekidaut.
      :)

      Delete
  5. Replies
    1. Hi there~
      I suggest u g branch elianto terdekat to get latest info coz this entry was from 6 years ago so am not sure if this range is still available.
      Thanks for the interest though. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)