Skip to main content

7th: MUKA BERMINYAK?? NO HAL, KITA ELIANTO BIO CLEAR KAN SAJOHH

Assalamualaikum 

Halu halu semua~

First of all, nak mintak sori sangat-sangat sebab dah lama tak up kan entri baru. Ceq busy sket weekend yang baru lepas ni. 

Apa?? Busy berkempen?? Eh, tak tak. Saya tak pandai berkempen-kempen ni. Saya pemerhati dari sidelines je sambil pegang pompom. Amboii, cute nya diriku ini. Ahahahh. Jkjk. Tapi walaupun saya tak turun padang, singsing lengan kain baju untuk berkempen, gantung bendera, poster, apa bagai, insyaAllah saya takkan lupakan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi pada Hari PRU nanti. First time ni ai nak merasa beratur mengundi. First time plak tu nak merasa jari dikaler-kalerkan hitam. Mesti fenfeeling orang minyak sehari, dua lepas tu nanti. Hoho. Nak pesan sket kat readers semua, korengs pun jangan lupa pegi mengundi tahu. Tapi adik-adik yang baru nak tumbuh bulu keti tu takyah laa korengs pening-pening fikir nak mengundi siapa. Belum tiba masanya korengs pecah kepala masuk arena percaturan politik negara. Ewahh kelas tak ayat akak. Nanti bila dah cukup umur, jangan lupa mendaftar sebagai pengundi tahu. Itu amanah kita semua ya! Yang penting, belajar dulu pasal sejarah negara elok-elok supaya keputusan memangkah siapa tu nanti tak silap. Demi masa depan semua. 


Worait. Terserius plak topik pembuka kata kita kali ni. Padahal tengok tajuk entri macam light, light je. Yelah. Pasal skincare laa gamaknya. Takpe, PRU tu topik penghangat badan katanya.


So bagi korengs yang dah baca entri saya yang sebelum ni, mesti ada yang dah tahu saya sedang mencuba pakai produk keluaran Elianto, Bio Clear Series. Produk yang saya kata sesuai untuk kulit muka berminyak tewwwww~ingat tak? Ingat tak?? Haa, ingat pun. Kalau tak ingat, cuba skrol kat blog entries before this.


Ikutkan perkiraan, ini dah masuk minggu kedua saya pakai produk Elianto Bio Clear (Balancing Cleanser, Soothing Toner, Mattifying Emulsion, Blemish Spot Solution). Apa yang saya boleh kata, memang A-Awesome!!


Saya started off dengan pakai pimple oil, Blemish Spot Solution, dia dulu. Sebab time beli tu pencuci muka, toner, and moisturizer jenama yang dulu semua ada lagi. Disebabkan cuaca sekarang memang panas, banyak laa naik jerawat kecik-kecik, merah-merah kat muka, especially di bahagian pipi and dahi. Kalau dibiarkan biasanya dalam seminggu jugak laa baru hilang. Tapi lepas letak Blemish Spot Solution tu, maksimum dalam 3 hari je, semua jerawat clear! (Serius, NO exaggeration!!). Apa lagi, melompat bintang laa saya. Hellooo~siapa taknak kulit bersih kannnsss?? *snap jari 3 kali*


After a few days started pakai pimple oil tu, saya pun mula pakai the rest of the products in the range. Selama ni, saya memang cuba cari produk yang boleh control oil sebum saya sebab kulit muka saya memang berminyak. Lepas 3, 4 jam cuci muka, mulalah sesi "dewy" skin (KONON!) muncul. Kalau orang Korea, dewy skin depa disebabkan glitter products make up. Ni saya, disebabkan...haa, sambunglah sendiri ayat ni. Sakit pulak hati beta bila memikirkannya. 


Jadi bila saya started pakai Bio Clear ni, expectation saya takdelah macam menggunung ke apa kan. Sebab dah biasa pakai oil control products. Hasilnya sama je. But little did I know, Bio Clear really surprised me like "Whoahh!!". Bayangkan bangun pagi muka saya licin macam baru lepas mandi. No trace of oily skin AT ALL!! Nan hadoo!


Before masuk tidur, saya cuci muka dengan Balancing Cleanser. And then pakai Soothing Toner. Lepas tu finished off dengan Mattifying Emulsion. Itulah rutin saya setiap malam sekarang ni. Terasa sangat keberkesanan products Elianto Bio Clear ni. 


Antara keempat-empat produk dalam range ni, my favorite will have to be Mattifying Emulsion. Sebab saya rasa itulah key product yang banyak membantu to control my oily skin. And bila saya bersiap nak keluar, saya akan make sure, saya pakai produk ni first before menempek any other make up products on my face. Lepas tu mak boleh melaram catwalk seharian, semalaman dengan make up yang sama, tak payah nak touch up bagai, noks. Serius muka takkan berminyak up to 8 hours (waktu di rumah) or 6 hours (waktu bermain di bawah cahaya suria. Aiceh~).


This range is HIGHLY recommended by saya, Si Arnab Gemok, yang memang terkenal dengan kulit muka berminyak, untuk semua gegadis dan jejakas di luar sana yang menjalani kehidupan serba aktif tapi masih memikirkan tentang kebersihan dan kesihatan kulit mereka. Kalau korengs nak tahu, kulit muka berminyak ni kena jaga lebih sket berbanding kulit muka jenis lain. Sebab bila kulit berminyak, lebih senang untuk kena sunburn tahu. So fikir-fikirkanlah.



Sumber: Elianto

Ini bukan segmen tajaan so percayalah bahawa semua isi hati entri ni memang ikhlas datang daripada pengalaman saya yang sebenar.


Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a good day chuolz!!!



Comments

  1. siyes lepas baca entri ko..terasa nak pegi watson beli..hikhik. thanks tau sharing ;)

    ReplyDelete
  2. Noks, janganlah macam ni. Sah-sah ni reviu produk Elianto. Mana ada jual kat watson. Jual kat Elianto punya boutique laa weyh. Ekekekek~
    Beli, beli, jangan tak beli. Baguih produk ni!!

    ReplyDelete
  3. Awak,saya nak tanye,kulit awak mengelupas tak pakai produk ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi there
      elok je babe
      in fact, yang paling bagus and efektif is the mattifying emulsion.
      muka memang tak berminyak even after few hours of wearing make up.
      two thumbs up from me!!! ^^,

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)

Assalamualaikum
Diam tak diam, it's been more than a year ever since I last updated my blog. Yes, you read it right. More than a YEAR (jadah, blogger apa update blog setahun sekali. Choiii~).
So many things have happened to me during 2015 until now. And I don't think there'll be any single post which is long enough to cater everything that I direly wanted to tell you guys. Seriously, if I can, I would loooooove to write a heck of a long post that'll make you guys wanna curse me, yet at the same time, wanna read it alllllll the way till the end (confident tu penting yaww~).
My writing style might have changed due to my current lifestyle (chewahh~cakap nak dramatik je kan). Actually what I'm tryna say is that, I no longer have the time (READ: sebenarnya malas. Lalala~) to sekejap italic, sekejap un-italic kan my font based on the language that I use. Therefore, pandai-pandai laa korang classify kan bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris ke bahasa Sanskrit ke yang saya g…

21st: APA YANG LELAKI FIKIR TENTANG PEREMPUAN?

Assalamualaikum

Nak Kad Raya Special dari Si Arnab Gemok?? Klik sini --->Kad Raya Istimewa Si Arnab Gemok
Nak Hadiah Misteri yang Special?? Klik sini --->GA By Si Arnab Gemok

Rasa macam serius plak topik entri kali ni. 
Sebenarnya saya bukan suka sangat cakap pasal perbezaan. Tak kisah laa perbezaan antara pangkat ke harta ke darjat (antara dua darjat??) ke bangsa ke agama ke, and in this case, gender. Sebab bagi saya, kita semua homo sapiens (and some of us homosexual. What to do~ *angkat bahu*) and basically kita semua sama sahaja. Takde apa yang buat kita lebih istimewa, melainkan hanya dari view Tuhan je yang Maha Mengetahui taraf atau standard sebenar kita. 

Maksud saya, hanya Allah yang layak menghakimi kita semua.
Jadi mengapa masih wujud sesetengah golongan yang suka double standard, pilih bulu, dan juga rasa superior/memandang rendah kat others?? Dah bagus sangat ke mereka yang "pandai" menghakimi ni (mohon para Hakim jangan terasa) ??


Sumber: sodahead.com
Apa yang…

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

Assalamualaikum

Helloooooooooooooooooooooooooooooooooooooo semua!!!
I know, I know. It's been a while~harap korengs semua masih belum lagi melupakan kewujudan Si Arnab Gemok di sini. 
Maafkan saya di atas ketiadaan entri baru sepanjang saya berhibernasi (adalah dalam hampir sebulan jugak. Ya Allah~lamanya. Maaf, maaf *tunduk laju-laju*)

Sebenarnya saya bukan berniat untuk mendiamkan diri mahupun bermalas-malasan mengabaikan blog saya ni. Saya sayang okay blog saya ni, apatah lagi para pembacanya (gittewww~). 
Walaupun kadang-kala terpaksa (Read: TERpaksa) hiatus selama beberapa ketika tapi itu tak bermakna saya cuba melarikan diri dari tanggungjawab. Ewah~tanggungjawab katanya!!

Buat pengetahuan umum (formal tak?? Kita ambil mood tajuk entri ni dari awal-awal kays), sekitar seminggu ke dua minggu yang lepas, saya banyak (banyak ke????) menghabiskan masa saya dengan menelaah dan menambah ilmu pengetahuan dari segi kenegaraan dan isu-isu semasa negara dan juga global. Waah, intelektual su…