4th: BUKAN UNTUK PEREMPUAN SAHAJA

Assalamualaikum

Apa habaq semua?? Sihat?? 

So entri kali ni, saya nak bercerita pasal a few products yang maybe akan menarik minat lebih ramai female readers instead of male readers. Tapi ni ceq nak habaq satu rahsia laa kan. Produk kecantikan laa ni, bukan untuk perempuan saja naa. Lelaki pun patut pay attention dekat penjagaan kulit depa. Sebab produk kecantikan bukannya all about make up je. Pencuci muka, toner, moisturizer, sun block, dan bagai-bagai lagi, tu semua penting nak bagi kulit kita terjaga di zaman-zaman banyak pencemaran sekarang ni. Jadi jangan laa rasa rugi untuk keluarkan sedikit belanja every month untuk beli serba sedikit produk penjagaan kulit muka chuolz. 

Kalau tak larat (bukan dari segi kudrat tapi dari segi ekonomi. Ceq paham~ceq paham. Ceq pun sama), takyah laa kita nak p usha-usha counter Shisheido, Lancome, apatah lagi SKII. Laa ni baaaaaaaaaaanyak dah produk berkualiti yang dikeluarkan dengan harga mampu milik. So, fret not my friends, meh saya tunjuk apa produk pilihan penjagaan kulit saya dan mak saya yang sangat "pocket-friendly".


A few days ago, saya and my mom pegi spent some mother-daughter quality times a.k.a shopping lettewww~

And as a big fan of Elianto (saya tidak dibayar untuk membuat statement ini hokay. Elianto memang best!) dan jugak pemegang member card, saya decided untuk pay a visit at Elianto for a bit.
Saya memang planned nak beli facial wash and jugak pimple oil. Yelaa, muka tak sehalus mulus bak telur dikupas so kena laa keluar duit sket nak maintain bagi tak macam sepah hawau sangat. 

Walaupun saya memang selalu pakai products Elianto, tapi ini first time nak try pencuci muka and pimple oil depa. Sebab selama ni saya beli make up products dengan facial masks je. Jadi bila Sales Assistant Elianto tengok kulit muka saya (yes, they assist customers dari mula masuk pintu sampailah keluar pintu. Servis memang excellentante!), she suggested me to try this one new range untuk kulit berminyak. 


Oh ye, mesti ramai nak tahu macam mana nak detect jenis kulit kita kan? 

"Hek eleh minah ni. Aku dah lama dah tahu aku jenis kulit apa. Takyah nak poyo-poyo bajet pakar sangatlah weyh!". 
Oh ,baguslah bagi yang dah tahu. Tapi saya nak bagitahu bagi depa yang belum tahu.
Jadi ni cara yang orang kata paling senang a.k.a kokak laa untuk tahu jenis kulit kita. Duduk depan cermin dalam bilik je pun dah boleh buat analisis. So here's how. 

Pastikan korengs dah cuci muka. Janganlah time baru bangun tido dengan ayaq liuq basi dok berjejeh kat tepi mulut tu dah kalut-kalut nak analyze jenis kulit naa~Pi basuh muka dulu. Then wait for a few hours after that, then tengok balik kulit muka korengs. 

Ada tompokan minyak di T-zone dan beberapa bahagian muka yang lain? Itu maknanya kulit muka korengs jenis berminyak. Tapi kalau ada bahagian-bahagian kulit yang terkupas, nampak macam habuk-habuk putih, di sekitar kawasan dahi, tepi bibir, tepi pipi, itu maknanya kulit jenis kering. But please eh, jangan tersilap pandang dengan panau plak. Sebab panau kat muka pun putih and bertompok-tompok sekitar pipi and dahi. Ahahh, jkjk. Ai tahu chuolz semua kulit flawless, takde panau-manau ni. And lastly, kalau muka korengs kelihatan ada mix of kedua-dua conditions (tidak termasuk condition panau ok), itu maknanya kulit muka korengs jenis campuran ataupun bak kata omputeh, "combination skin". Gittewww~

After dah dapat tahu jenis kulit, barulah kita boleh beli products yang bersesuaian dengan muka kita. Jadi istilah "membazir" takkan terjadi sebab apa jua produk yang kita dah beli, boleh dipakai dengan elok kat ataih muka kita. 


Back to my purchase kat Elianto tadi, so sebagai pengguna bijak (chewahh~), saya suka try produk yang saya tak pernah pakai sebelum ni dengan cara membeli starter pack or kit dulu. Lepas dah cuba and kalau sesuai, barulah saya pegi beli yang saiz sebenar. Bagi saya, cara ni lebih baik sebab kalau tak sesuai, takyah laa saya gelabah-gelabah fikirkan duit yang dah melayang beli barang yang tak membawak pekdah kat saya. 


Jadi, inilah dia, Elianto Bio Clear Kit (mengandungi Facial Wash, Toner, Moisturizer, and Pimple Oil). Wish me luck chuolz~



Harga sebenar: RM59.90. After less: RM53.10 sajohh

Tapi yelah, alang-alang dah singgah tu, takkan laa nak beli satu mendalah je kenssss? Jadi disamping pembelian utama diatas, saya turut membuat pembelian kurengg utama iaitu:


Botanical Shower Gel (contains beads for scrub)



Harga sebenar: RM23.00. After less: RM20.70 sajohh

Lepas tu ternampak plak signage "Buy any two products for RM25.00". Apa lagi, ai dengan sepantas lincah kaduk pun membeli dua lagi mendalah ni plak.



Glitter Liquid Eye Liner (Black)

Make up Cleansing Tissue (Cucumber Extract)

Masa nak bayar tu, tiba-tiba nampak Sales Assistant tu datang bawak kotak. Saya dah macam "Alamak, dia nak goda aku suruh beli macam-macam lagi laa tu. Matilah aku, konfem-konfem aku tergoda punyalah. Habislah duit aku." <-- Setan ni, hasutan setan ni!!


Instead, dia cakap "Sebabkan purchase cik lebih daripada RM88.00, kami bagi cik set ni percuma. Ada Facial Scrub, Mask, and jugak set lilin aromaterapi. Biasanya kami jual set ni RM100 lebih."


Apa? Apa? APA? PERCUMA?!! Maigot. This must have been one of the best days of my life! Ok, ok. Exaggeration tapi lebih kurang macam tulah yang saya rasa waktu tu. Siapa tak rasa happy dapat set macam ni for free. Duhhh~






One happy customer here!!! *angkat tangan sambil lompt-lompat*


So itu kisah pilihan saya. Moh le kiteee tengok pilihan mak ai pulekss. 

Sebenarnya my mom jenis tak kisah sangat bab-bab penjagaan kulit muka ni. Baru bulan lepas saya berjaya paksa my mom untuk be more cautious of her skin conditions. After try pakai produk Simply Siti sebulan lepas, my mom betul-betul puas hati sebab hasilnya sangat ketara. Bukan sekadar saya nampak, tapi kawan-kawan at her office pun cakap her skin nampak improved from before. Waah, ini sudah bagus. Thank you, mak iti, sebab keluarkan products yang mak ai suka. *throws confetti*


Range pilihan my mom, Dermagic.

Dalam pada beli itu ini, sempat plak mak saya belikan produk "tambahan" untuk kegunaan saya bagi "mengurangkan" sesuatu (mengurangkan apa? Tengok produk and korengs figure out sendiri,k).



Lotion Mustajab Lime&Ginger Extract: RM22. Lotion Mustajab Rose Scent: RM24. After less: RM42 for both.

Ok, saya paham. Mak saya nak cakap yang saya dah makin gemuk secara simbolik. Saya sayang mak saya. Beliau sangat prihatin. T__________________T


Neways, girls will always be girls. After balik dari she"shopping"an tu, saya decided nak main make up, make up sorang-sorang (loner sangat aku ni kan? Ahahahh) menggunakan products yang baru beli tadi. 


Disebabkan mak saya tak pakai make up, so eyeshadow Simply Siti tadi secara automatik diturunkan secara  hakiki kepada saya. Therefore inilah hasilnya bila dibagi sekotak eyeshadow and sebotol eyeliner dekat seorang gadis (aiceh PUII) yang suka fenfeeling depan cermin. 


Eyeshadow colours, Goldish Brown and Glitter Black. 







Ok, dah complete process menjadi super annoying. Hope korengs muntah hijau. Ahahahahh!! XD



Till we meet again next time.


Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a good day chuolz!!!



LIKE WHAT YOU SEE? THEN FOLLOW MY BLOG !

Comments

  1. Hai chazz ! ;) aku pun dok pakai losyen mustajab tu..hikhik..


    by the way cantik la ko pakai eye shadow tu ..

    look gojess :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halu halu wiya!!!
      Sekarang lotion mustajab dah tak panas, pijar cam dulu kan?? I loike it!!!
      Oh thanks. Ai main tenyeh-tenyeh je eyeshadows tu. Teehee~
      X)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts