5th: BELI SEKALI, PASTI NAK LAGI. EWAHH~

Assalamualaikum

Hello semua. Entri kali ni very the light, light je topiknya ye. Takde nak kejadian "unibrow", "unibrow" macam entri yang saya pernah buat sebelum-sebelum ni.

Ai just nak share review pasal latest online purchases yang ai dah buat last week.

Disebabkan suka sangat membeli-belah tak kira masa, tempat, dan suasana, saya cuba "limit"kan kekerapan saya memanjat tangga shopping complexes kepada seminggu satu atau dua kali sahaja. Tapi that does not mean daya, semangat, kudrat, nafsu kuda membeli saya dapat dibendung sepenuhnya semasa berada di rumah.

Dengan adanya internet akses superlaju (thank you, TM *kiss sekali*) dirumah, saya jadi supersaiyan membeli-belah secara online. Jadi untuk tidak menyebabkan kemuflisan kepada makpak saya, saya decided untuk menjadi pembeli online yang bijak. Chewahh~

Sebelum membuat apa-apa purchase, saya akan surf internet semahu-mahunya dengan window shopping kat beberapa online blogshops yang ada di Malaysia ni. Ni salah satu kelebihan online shopping yang sangat membantu para shopaholics tegar seperti saya. Kalau kita ke shopping complexes secara harafiah, rasanya satu hari nak tawaf 5, 6 buah, tak larat kut. Bukan setakat tu, masa perjalanan je dah makan berapa lama. Lepas tu, duit minyak and parking pun dah satu cerita. Tu tak kira duit makan kat restoran lagi. Yelah, mana ada restoran murah kat dalam shopping complexes kan? Kalau ada, baik korengs bagitahu saya sekarang jugak supaya lepas ni saya boleh pegi shopping kat situ.


Dan sebagai manusia pemalas, saya amat, amat tak gemar nak bersiap-siap tukar baju, tepek bedak, iron tudung, lilit sana, lilit sini, untuk keluar rumah. Tu belum kira kena driving lagi tu. FKI (For Korengs' Information), ai ni memang tak berapa minat untuk drive ke sana sini. Saya lagi prefer kalau orang lain yang drive, saya duduk sebelah je. Kalau dapat duduk seat belakang lagi best. Sebab boleh membuta. Ahahahh.


Jadi sebab itulah saya kadang-kadang lebih suka membuat purchases secara online, especially kalau terjumpa online blogshops yang jual latest items yang ikut trend terkini BESERTA dengan harga yang lebih, lebih, LEBIH murah daripada kat shopping complexes out there (yang ini memang awesome!).


So kali ni, saya nak show off (ewahh~) sket purchases saya yang dibuat last week kat satu online boutique ni. Namanya, PINKY BEARS FASHION BOUTIQUE

Actually saya terjumpa online shop ni secara tak sengaja (biasanya memang semua online purchases berlaku secara tak sengaja. Kita kena rajin guna pak gugel sebagai enjin pencari terhebat, sehebat kuasa membeli kita) satu malam ni, masa saya tengah membuak-buak semangat nak beli dustplug untuk fon saya. Dah lama sangat asyik guna yang sama je so macam bosan. Lagipun bila pegi usha kat shopping complexes, nampak designs yang sama je. Tak best laa macam tu kan, bro. Kita mesti nak yang unik supaya fon kita lain daripada orang lain (konon).

Jadi selepas lebih kurang sejam memilih-milih, timbang tara bajet apa semua, ni lah barang-barang yang saya beli. Eh, tadi kata nak beli dustplug, apahal ada mendalah-mendalah lain yang nampak macam bukan dustplug je. Ok, ok, macam yang saya cakap dulu, alang-alang dah beli satu benda tu, takkanlah nak amik yang tu je kan. Anggaplah yang lain-lain tu sebagai complimentary. Ahahahh.


Dustplugs Korean inspired 2 ketul.




Cincin 2 ketul jugak. 1 design kucing (sebab comel kuttttttttttttt), 1 design poker (sebab saya minat main poker dengan member-member UiTM Shah Alam and also cousins saya).

Yang bestnya cincin-cincin ni semua adjustable. So kalau tergemok ke terkurus ke, no hal. Lepas tu nak pakai kat jari kelingking boleh, telunjuk boleh, ibu jari pun boleh. One size fits all ye noks.



Ni earrings special sket. Katanya latest trend dari Korea. Depa laa kata. Ceq ni biasalah, mudah je terpengaruh kalau dengar Korea-Korea ni. Apa yang special nya? Cuba korengs usha pic kedua bawah ni ha. Saya nak explain pun tak reti sebab kang bila dah mula keluar istilah "cuping telinga" apa bagai semua, dah lain macam plak bunyiknya. So tengok jelah gambarnya ye chuolz.





Sumber: Pinkybears.com

Yang ni plak orang kata macam pembelian wajib laa, long necklace berloket kucing berserta dengan bisnes kad online boutique tu sekali. Saya memang kalau bab-bab accessories ni, paaaaaaaaaaaaling suka rantai panjang sebab bila pakai baju plain, boleh buat macam "signature center piece" gitu.




Jadi korengs kalau terasa nak beli accessories dengan harga murah (lebih murah daripada kat shopping complexes), bolehlah usha http://pinkybears.com/ untuk tengok pilihan-pilihan yang ada. Rasanya semua jenis tastes boleh di"cater"kan kat online boutique ni sebab pilihannya sangat banyak.


Tambahan plak sekarang ni tengah ada promotion FREE SHIPPING untuk pembelian RM40 bagi Semenanjung Malaysia and RM55 untuk Sabah/ Sarawak. So cepat-cepat pegi usha and jadilah member ok. 


And, no, I am not being paid or sponsored to say all of these. Saya sekadar berkongsi information. Sebab rasanya rugi kalau kita tak share benda-benda best macam ni kan.


Salam menggemok. Toodles~


Assalamualaikum and Have a good day chuolz!!!




Comments

Popular posts from this blog

42nd: CORET KURSUS KADET PTD (4)

28th: SI ARNAB GEMOK WENT PTD INTERVIEW

43rd: CORET KURSUS KADET PTD (5/GRAND FINALE)